Showing posts with label Perkongsian Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Perkongsian Ilmu. Show all posts

Sunday, September 12, 2010

Ibrah from mistakes...


Bismillah. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Astagfirullahalazim. Thank you Allah for letting me learn lessons/ibrah from my mistakes. Subhanallah, my tarbiah from Allah, what I can see is that Allah let me make mistakes so that I can learn from it. The effect is long-lasting, insyaAllah. Alhamdulillah. From this mistake, I learn about ummah. How I can see how critical they are, our own brothers and sisters of Islam, swept away with their desires in this phony little world. Even in this barakah month, Ramadhan, they seemed to be lost without guidance from Allah. Nauzubillah. 


Ikhtilat is something that seemed 'normal' to them. In crowded places or dark silent corner, they don't really seemed to feel that what they did is wrong. To all muslims, mukmin out there! Remember the famous verse in quran! Walatakrabuzzina! Don't you come close to zina! No matter if you are only two (a girl and and a boy), or you are great in numbers, if you seat anywhere, 'melepak', 'berborak', etc without REAL, TRUE PURPOSE, I remind you and myself especially, don't, just don't do it.

I'm afraid it will cause our hearts to darken with sins. Nauzubillah. Why don't we gather, spend our time a bit to discuss the REAL and IMPORTANT issues in hand. What's going on with Islam and the believers? Are our brothers and sisters there in Palestine suffering from cold, starvation and real pressure by Yahudi laknatullah? What can we do to help ummah? I would like to ask of you and myself, how many minutes did we spend our time to think of these important issues? Allah gave each and everyone of us 24 hours a day, did we spend at least a minute to remember Allah? To help His religion? To aid ummah's needs? Astagfirullah.

Ya, Allah thank you for letting me learn from my mistakes. Ya, Rahman, ya Rahim, don't let me go astray without Your proper guidance. Ya, Allah don't let my sins be the cause for me be far from You. Nauzubillah.

I love the lyrics below, it's really meaningful to me and hopefully we all can learn something from it.


Keredhaan Mu...

Ya, Allah ya Tuhanku
HambaMu merindukan rahmat kasih-sayangMU
Dan jua keredhaanMu dalam hidupku

Meskipun ku ulangi dosa noda
Yang menjanjikan azab sengsara
NAmun ku sedari keampunanMu tidak bertepi
Ku akui diri ini hamba mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati 
PadaMu Ilahi

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah, redhakanlah kehidupanku

Moga terhapus penghijab kalbu
Antara Kau dan aku

Tuhan, ku zalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri

Tuhan, jangan kau palingkan hati ini
Setelah kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih

Perkongsian dari blog sahabat...

Thursday, September 9, 2010

SAMBUT AIDILFITRI IKUT ACUAN AKIDAH



BEGITU pantas masa berlalu. Kini, kita sudah berada di penghujung Ramadhan, bermakna giliran Syawal pula bakal menjelma. Hari-hari terakhir sebegini sesetengah umat Islam sedang sibuk dengan hal menguruskan persiapan menyambut hari raya Aidilfitri (Arab, Idulfitri).Apa lagi kanak-kanak, memang merekalah yang paling gembira. Maklumlah segala-galanya serba baru. Pakaian baru, kasut baru, baju baru dan pendek kata semuanya baru.


Ibu bapa pula sanggup berhabisan untuk berbelanja semua itu. Tidak kisah dan tidak mengapa, kerana beraya pun setahun sekali. Gedung dan pasar raya bagaikan berpesta, kerana semua turun berkampung, malah segala mak nenek dan keturunan dikerah ke pasar raya. Kelabu mata dibuatnya dengan tawaran, ’sale’ dan harga runtuh. Berkumandang lagu raya di corong radio dan televisyen, manakala jalan raya sesak memanjang ke mana-mana destinasi dan pendek kata Syawal yang bakal diraikan serba meriah. Pada hari raya memang patut kita bergembira, maklumlah sudah sebulan kita berlapar menahan ujian berpuasa. Cuma kali ini sedikit coretan untuk Muslimin dan Muslimat konsep hari raya menurut Islam.

Idulfitri maknanya ialah pulang dalam keadaan fitrah. Fitrah maknanya bersih dan yang bersih adalah hati yang sudah dididik oleh tarbiah (pendidikan) Ramadhan. Ramadhan sebagai bulan pembersih dan pencuci. Ia membersih diri kita daripada sifat kedekut dan menanam sifat pemurah. Ia juga membersihkan sifat individualistik (keakuan) serta menggantikan sifat kasih sayang dan tolong menolong (kemasyarakatan).

Solat Tarawih membersihkan dosa, solat Tahajud, ibadat membaca al-Qur’aan, berlapar, bersedekah dan zakat fitrah adalah pembersih.
Apa yang dibersihkannya? Yang dibersihkan adalah hati daripada sifat mazmumah (keji). Bersih dalaman inilah yang menyempurnakan makna takwa yang menjadi tujuan kita berpuasa.

Sebenarnya menyambut hari raya bukan sahaja dengan baju baru, pakaian baru, rumah baru, sofa baru, kuih-muih baru tetapi menyambut raya ialah dengan jiwa yang baru, iaitu jiwa yang berjaya mengekang dan mendidik hawa nafsu.

Apalah ertinya 1 Syawal yang kita sambut dengan serba baru, sedangkan perangai kita adalah yang lama dan tidak berubah. Sikap ego tidak berubah, malas macam dulu juga, bercakap kasar berterusan dan melanggar disiplin dengan selamba sahaja. Oleh kerana ibadat puasa pada Ramadhan berteraskan akidah, maka cara menyambut Idulfitri mestilah juga menurut acuan akidah.

Bukan sahaja dengan solat Idulfitri tetapi acuan akidah itu dalam keseluruhan cara menyambutnya, termasuk cara berpakaian yang sopan dan tidak mendedahkan aurat, makanan dan minuman tidak melampau, pergaulan lelaki dan wanita berteraskan syariat, manakala bentuk hiburan dan cara berhibur jangan pula sampai terbabas daripada tuntutan syariat.

Demikian juga bersalaman antara lelaki dan wanita yang bukan mahram mesti di elakkan. Makan minum jangan jadikan perut seperti tong sampah. Sebulan berpantang jaga itu dan ini takkanlah semua itu roboh dan musnah pada 1 Syawal.

Friday, September 3, 2010

JAHILIYYAH MODEN!!!



Perkataan Jahiliyyah berasal daripada perkataan dalam bahasa arab, jahala  yang bermaksud  jahil dan tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Istilah ini telah digunakan oleh orang islam untuk menggambarkan perubahan yang dibawa oleh islam dalam corak kehidupan dan pemikiran masyarakat. Masyarakat Arab Jahiliah pula ialah masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab dalam jangka masa selepas runtuhnya Empangan Maarib di Sabak. Jangka masa Zaman Jahiliah ini adalah lebih kurang 310 tahun,iaitu dari tahun 300 M hingga 610 M.seperti yang ditunjukkan dalam carta masa dibawah.Masyarakat Arab ini digelar sebagai masyarakat arab jahiliah kerana mereka tidak mengikut ajaran para nabi dan rasul sebelumnya seperti Nabi Sulaiman ,Nabi  Ibrahim ,Nabi Ismail,Nabi Musa,Nabi Isa dan lain-lain.

Zaman Jahiliah dianggap sebagai zaman kegelapan kerana masyarakat Arab Jahiliah tidak menyembah Allah Yang Maha Esa malah kebanyakan mereka menyembah berhala dan mempercayai animisme.kehidupan masyarakat Arab Jahiliah adalah kucar-kacir kerana pada masa itu,tiada nabi atau rasul dan kitab suci yang boleh dijadikan petunjuk dalam kehidupan.Ahklak mereka adalah rendah,misalnya mereka bersifat kejam,angkuh dan degil.Dengan kedatangan Islam,kehidupan masyarakat Arab Jahiliah mulai mengalami proses perubahan.

CIRI-CIRI MASYARAKAT JAHILIYYAH

Secara umum,masyarakat Arab Jahiliah boleh dikategorikan kepada dua golongan,iaitu masyarakat Badwi dan masyarakat Hadari.Masyarakat Badwi tinggal di kawasan gurun dan pendalaman,iaitu di bahagian tengah Semenanjung Tanah Arab.Masyarakat Hadari pula menetap di kawasan persisir pantai Semenanjung Tarah Arab.Oleh sebab kawasan penempatan mereka berbeza,maka,secara tidak langsung,cara hidup dan pencapaian masyarakatnya juga berbeza.Ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab Jahiliah dapat dilihat dari segi agama,sosial,ekonomi,kepercayaan dan nilai hidup yang dipegang.

Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral seperti berjudi,berzina dan meminum arak.Mengikut fahaman mereka,seseorang lelaki yang meminum arak sehingga mabuk,menunjukkan mereka telah sempurna seperti lelaki.Kedudukan wanita dalam masyarakat pula adalah rendah,sehinggakan mereka tidak dapat mewarisi harta pusaka tinggalan ibubapa mereka.Terdapat di kalangan mereka yang menanam bayi perempuan sejurus selepas lahir.Pembunuhan terhadap bayi perempuan ini dilakukan kerana mereka beranggapan anak perempuan akan menjatuhkan maruah keluarga.Dalam soal perkahwinan pula,tidak ada peraturan khusus yang boleh dijadikan panduan oleh masyarakat.Seseorang lelaki boleh berkahwin dengan beberapa orang wanita sekaligus atau dengan sesiapa yang disukainya.

Aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh para pedagang berasaskan riba dan penindasan.Sikap para peniaga pula lebih mementingkan keuntungan semata-mata.Kegiatan merompak dan merampas barangan daripada kafilah di padang pasir juga merupakan punca mata pencarian masyarakat Arab Jahiliah.Merompak dikatakan sebagai kewajipan yang harus dilakukan oleh setiap individu dalam setiap kabilah.Selain itu,eksploitasi golongan kaya terhadap golongan miskin merupakan amalan biasa yang dilakukan oleh orang berada.

Tedapat empat bentuk kepercayaan agama dalam masyarakat Arab Jahiliah,iaitu agama wathani (menyembah berhala),animisme (memuja alam seperti pokok),samawi (kristian dan yahudi) dan kepercayaan khurafat (seperti menilik nasib,sihir dan mempercayai roh orang mati menjadi burung.)

Berdasarkan catatan Al-Quran terdapat sebilangan kecil masyarakat Arab Jahiliah menganut agama hanif.Setelah kira-kira 3500 tahun,penganut agama hanif telah melupakan ajaran ini secara beransur-ansur.Terdapat juga di kalangan mereka yang mencampuradukkan ajaran agama hanif dengan amalan tradisi masyarakat Arab Jahiliah.

Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan sistem kabilah yang berasaskan cara hidup berpuak-puak dan berkelompok.Dalam sesebuah kabilah,ahlinya terdiri daripada suku tertentu dan mereka tinggal dalam sebuah kawasan.Setiap kabilah mempunyai identiti dan peraturannya sendiri sementara ahli kabilah pula sangat taksub dan fanatik terhadap kabilah masing-masing.Sesuatu kabilah diketuai oleh seorang Syeikh yang juga merupakan lambang perpaduan kaum mereka.Pelantikan syeikh dalam sesebuah kabilah adalah berdasarkan syarat-syarat tertentu.Antaranya ,bakal syeikh tersebut mestilah disukai oleh ahli kabilah dan dilantik atas persetujuan ramai.Beliau juga mestilah berfikiran matang ,gagah,berani,dan pandai berpidato.

Amalan sistem kabilah ini telah mendatangkan kesan yang negatif kepada masyarakat Arab Jahiliah.Kesan utamanya ialah kemunculan semangat assabiah atau semangat kesukuan yang melampau dan tercetusnya perperangan dikalangan masyarakat.Kemunculan semangat assabiah ini berpunca daripada struktur Sistem Kabilah yang berasaskan keturunan.Dalam sistem kabilah setiap puak tinggal dalam kelompok masing-masing dan mereka terikap pada peraturan yang telah ditetapkan oleh kabilah mereka.Keadaan ini telah menimbulkan perasaan kesukuan yang menebal di kalangan ahli kabilah.Mereka juga sanggup menuntut bela demi mempertahankan maruah diri dan kabilah mereka.

Selain itu,kemunculan sifat ini juga berkait rapat dengan keadaan geografi dan suasana tempat tinggal mereka yang panas dan kering kontang.Untuk meneruskan kehidupan,sesuatu kelompok kabilah Arab Jahiliah terpaksa mengatasi masalah yang dihadapi secara bersama.Sifat kesukuan yang menebal ini menjadikan kehidupan hidup masyarakat Arab Jahiliah kucar-kacir dan tidak aman.Perkara ini sering kali menjadi punca persengketaan di kalangan masyarakat Arab Jahiliah.

Perperangan antara satu kabilah dengan satu kabilah yang lain akan berlaku walaupun atas sebab yang kecil.Perperangan al-Basus memperlihatkan sikap orang Arab Jahiliah yang suka berperang sesama sendiri.Apakah yang akan terjadi jika semangat assabiah menebal dikalangan masyarakat yang berbilang kaum di negara kita?.Malaysia,Sebagai sebuah negara berbilang kaum,kita harus mengekalkan persefahaman yang telah sedia wujud di negara kita demi perpaduan masyarakat.Dengan semangat perpaduan dan persefahaman ini,maka usaha-usaha kearah pembangunan negara akan berhasil. 

JAHILIYYAH MODEN ATAU ISLAM LIBERAL

Islam liberal adalah satu bentuk pemikiran Jahiliah baru moden yang dianuti oeh sebahagian cerdik pandai Muslim hari ini khususnya yang berlatarbelakangkan pendidikan Barat yang cuba membebaskan diri daripada disiplin ilmu agama yang digagaskan oleh ulamak dan ahlisunnah wal jamaah. Pemikiran ini berasal dari ideologi sekular-liberal yang lahir di Barat. Pada hakikatnya pendokong pemikiran Islam Liberal bermatlamat menimbulkan keraguan terhadap kebenaran agama Islam dalam kalangan penganut-penganutnya.

Akhirnya timbul golongan yang dipanggil Islam Liberal yang tidak merasakan bahawa agama merupakan suatu yang penting dan berharga sehingga mereka boleh menerima amalan murtad. Golongan ini juga tidak merasakan bagaimana manisnya amalan soleh yang dijanjikan pahala serta bahayanya maksiat yang dijanjikan dosa. Golongan ini menjadikan dunia sebagai matlamat hidup walau pun mulut mereka begitu petah bercakap tentang akhirat. Apa yang ada dalam pemikiran mereka hanya keseronokan walau pun terpaksa bergelumang dengan dosa, kemewahan dengan mengenepikan halal dan haram serta saling berebut harta kekayaan dunia walau pun terpaksa mengkhianati amanah dan orang lain.

Golongan ini sentiasa merasakan bahawa segala tindakan mereka yang berwahyukan akal dan bertuhankan nafsu adalah tepat sedangkan sebarang teguran dan larangan berasaskan Islam yang sebenar dianggap sebagai penyekat kebebasan dan kemajuan. Akhlak dianggap masalah peribadi bukannya masalah yang boleh dikawal dengan perundangan. Islam adalah masalah hati bukannya agama yang terlibat dalam mengawal seluruh sistem kehidupan manusia. Apabila penyakit terlalu cintakan dunia dan bencikan kematian merasuk dalam diri maka tunjuk ajar berkenaan akhirat tidak dihirau lagi. Akhirnya wujud orang yang mengaku Islam tetapi perbuatannya tidak melambangkan Islam.

Jahiliyyah di zaman Nabi jahiliyyah didalam erti kata mereka hidup dikala tidak sempurna penyampaian ilmu agama dan berkeadaan begitu sebab belum beragama Islam akibat masyarakat umum zaman itu telah lupa akan ajaran ajaran Nabi Nabi sebelum kedatangan Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam.

Jahiliyyah dizaman kita ini lebih teruk dari jahiliyyah dulu kerana mereka ini lahir sebagai umat Islam tetapi tidak menghayati ajaran ajaran Islam yang diajar kepada mereka sejak mereka masih kanak kanak lagi!

Beratus ribu malah jutaan kitab kitab ajaran agama Islam serta kehadiran Kalam Suci Allah Subhanahu Wa Ta'ala didalam bentuk Al Qur'an Al Karim serta panduan kitab kitab Hadis Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam kini dengan mudah dapat dimiliki oleh setiap manusia baik yang beragama Islam mahupun yang masih kaffir tetapi adanya kesemua ilmu ilmu agama ini disamping kita masih tidak dihargai dan dijadikan panduan oleh kebanyakan manusia terutamanya masyarakat Melayu zaman ini kerana mereka tidak tahu membezakan antara kaca dan permata.

Antara yang baik dan yang batil. Antara yang halal mahupun yang haram .

Wallahualam...


MUHASABAH



p/s: kepada adik-adik usrah kakak, ini bahan-bahan usrah yang kakak guna. Jangan lupa ambil dan manfaatkan sebaiknya...

Tuesday, August 24, 2010

Universiti Ramadhan

Kenapa digelar universiti Ramadhan? 

Kerana bulan ini merupakan bulan tarbiyyah, bulan pendidikan di mana jiwa-jiwa kita ditarbiyyah dengan undang-undang Ramadhan dan hati-hati kita dimotivasikan kelebihan-kelebihan atau fadhilat-fadhilat Ramadhan.


Bukan mudah nak masuk universiti, tapi kita pada hari ini Alhamdulillah syukur, dipilh oleh Allah untuk sama-sama masuk universiti Ramadhan.

Pendaftarannya cukup senang, tak payah bayar yuran Cuma niat saja sama ada niat setiap hari atau niat sebulan terus.

Baiklah, seperti yang kita sedia maklum bulan ramadhan ini terlalu banyak nama panggilannya antaranya ialah bulan ibadah, bulan mujahadah, bulan rahmah dan disebut juga bulan maghfirah. Dan macam-macam lagi sebutan yang baik. Jangan yang tak baik sudahlah. “Wui nak mai dah bulan bala, nak makan minum pun susah”.

Jadi namanya bulan ibadah, bulan mujahadah, bulan rahmah, bulan maghfirah.

Kenapa dinamakan bulan ibadah?

Kerana pada bulan ini manusia berlumba-lumba untuk menambah amal-amalan mereka. Kalau sebelum bulan Ramadhan dia malas nak beramal ibadah, tapi apabila sampai saja bulan Ramadhan, biasanya amalan seseorang akan bertambah walaupun sedikit. Betul tak?
Jadi pada bulan ini manusia berlumba-lumba untuk menambah amal-amalan mereka. Ataupun dari segi hakikatnya untuk menambah ‘pengabdian’ kepada Allah SWT. Perkataan ibadah berkait rapat dengan perkatan abdi, berkait juga dengan perkataan abdullah. Beribadah ni maksudnya berabdi kepada Allah. Macam mana cara berabdi kepada Allah? Buat apa yang Dia suruh dan jangan buat apa yang Dia larang. Selain itu, kita tambah dengan buat apa yang Dia suka, iaitu amalan-amalan sunat.
Begitulah cara-cara berabdi kepada Allah.

Kenapa dinamakan bulan mujahadah?

Sebab pada bulan ini kita berperang melawan nafsu. Sesiapa yang berlawan sungguh-sungguh dengan nafsunya, dia dikira mujahid. Kalau setakat lawan sikit-sikit ni, taklah dinamakan mujahid, tidaklah dinamakan mujahadah. Kena bersungguh-sungguh, baru dia dikira sebagai mujahid, barulah usahanya itu dinamakan mujahadah.
Perkataan mujahadah ini adik-beradik dengan jihad, iaitu satu usaha yang bersungguh-sungguh. Secara khususnya dinisbahkan kepada berperang melawan musuh-musuh Islam tetapi secara umumnya dinisbahkan kepada satu usaha yang bersungguh-sungguh. Mujahadah juga berkait-rapat dengan mujahidin.

Kenapa dinamakan bulan rahmah?

Sebab pada bulan ini rahmat Allah melimpah-ruah.

Kenapa dinamakan bulan maghfirah?

Perkataan maghfirah ini berkaita-rapat dengan perkataan istighfar. Yang kita sebut lepas solat “Astaghfirullahal ‘azim” tu istighfarlah. Istighfar maksudnya minta ampun. Maghfirah maksudnya ‘keampunan’. Jadi bulan Ramadhan ini adalah bulan keampunan. Pintu taubat, pintu keampunan terbuka seluas-luasnya.
Terpulanglah kepada kita sama ada hendak menggunakan kelebihan-kelebihan yang ada sepanjang bulan ini ataupun tidak. Siapa tak mahu rugilah, pada bulan-bulan lain tak ada macam ni.
Wallahualam...