Thursday, August 2, 2012

Halaqah Ramadhan Kembali Lagi!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah, Halaqah Ramadhan yang pertama telah berjaya dilaksanakan pada 21 Julai 2012. Seramai dalam 30 orang peserta pelajar tingkatan 4 hingga 6 sekitar Kota Kinabalu telah memeriahkan suasana program yang sederhana ini. Walaupun begitu, terdapat sebilangan kecil juga peserta terdiri daripada pelajar tingkatan 3. Syabas dan tahniah diucapkan diatas kesungguhan para peserta yang sanggup datang dari jauh, berjalan kaki dan mendaki bukit semata-mata untuk tiba ke tapak program dengan ditambah lagi kesabaran berpuasa di dalam bulan ramadhan yang mulia ini. Teruskan momentum adik-adik di program akan datang.


Kini, Halaqah Ramadhan kembali lagi menemui adik-adik! InsyaAllah, program ini akan berlangsung pada 4 Ogos 2012 (Sabtu) di Masjid Bandaraya. Tempat yang amat strategik untuk peserta menghadiri program ini dengan mudah. Program kali ini amat menarik kerana pihak jawatankuasa masjid, iaitu Syukbah Belia Masjid Bandaraya akan membuat persembahan maulid bersama-sama peserta dan juga juadah berbuka puasa disediakan!

Moga dipermudahkan! InsyaAllah...


Thursday, May 31, 2012

Bedah Buku Fikah Perubatan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



Bedah Buku Fikah Perubatan & Seharum Kasturi Putih telah berlangsung pada 30 Mei 2012 (rabu) di Masjid Bandaraya. Program ini dianjurkan oleh Pertubuhan Amal Perubatan Ibn Sina (PAPISMA) cawangan Sabah dengan kerjasama oleh Yayasan Amal Malaysia (YAM) cawangan Sabah & Masjid Bandaraya (MBR) Kota Kinabalu. Penceramah disampaikan oleh Dr Awisul Islah Ghazali, merupakan Presiden PAPISMA.

Dalam program ini, Dr Awisul banyak mengupas buku Fikah Perubatan berbanding buku Seharum Kasturi Putih. Buku Seharum Kasturi Putih ini menceritakan pengalaman 20 orang doktor dalam merawat pesakit sepanjang kerjaya mereka. Pengalaman para doktor ini diterbitkan dalam bentuk cerpen sebagai iktibar & keinsafan buat semua yang sememangnya pasti ditimpa sakit.


Fikah Perubatan ini ditulis oleh dua orang pakar agama (Ustaz Shamsul Kamal Abdullah & Ustazah Wan Ainon Wan Abdullah) dan dua orang pakar perubatan (Dr Harmy Mohd Yusoff & Dr Rosediani Muhamad). Menurut Dr Awisul, buku ini merupakan karya pertama (asal) yang julung-julungnya diterbitkan di Malaysia &  insyaAllah akan diterbitkan lagi untuk menyebarkan kefahaman kepada semua.

Fikah Perubatan menyentuh segenap aspek perubatan dan islam. Buku ini dilihat bukan sahaja pada hukum-hukumnya, malahan melihat teras akidah dalam perubatan dan aturan etika mereka yang terlibat. Fahami isu akidah dalam perubatan dan Islam. Antaranya:
  1. Bolehkah perubatan dan Islam dipisahkan?
  2. Bagaimana kita boleh jadi kafir dengan berubat.
Selami adab-adab doktor dan pesakit. Antaranya:
  1. Adakah doktor dibenarkan memilih bagi mematikan pesakit?
  2. Beliau lelaki dan saya wanita, bagaimana sepatutnya pengubatan ini dilaksanakan?
Jejaki kaedah-kaedah syariah dalam perubatan dan Islam. Antaranya:
  1. Apakah itu perubatan Islam yang sebenar-benarnya?
  2. Fisiologi manusia dan bagaimana Islam selari dengan kajian moden.
  3. Cara beribadah dalam keadaan yang terhad dan berpenyakit.
Dengan isi yang tuntas dan bernas, Fikah Perubatan bukan hanya menawarkan teori dan pemahaman, malah membimbing kita terus dengan kaedah dan amalan yang sewajarnya.

Buku ini mengandungi 6 tajuk utama diiukti tajuk-tajuk kecil:

A) PERUBATAN ISLAM

1. Definisi Perubatan Islam
  • Tibb Nabawi
2. Perubatan Arab Sebelum Kedatangan Islam
3. Etika Perubatan Islam
4. Sejarah Perkembangan Perubatan dalam Dunia Islam

B) ASAS FIKAH PERUBATAN

5. Pengertian Fikah
  • Pertama : Fikah Perubatan Berdiri Atas Prinsip Umum
  • Kedua : Hukum Asal Urusan Perubatan Adalah Harus
  • Ketiga : Fikah Perubatan Dibangunkan Dengan Mengambil Kira Illat (Sebab) dan Maslahat (Keperluan ataupun Kepentingan
6. Daruriyyat, Hajjiyat dan Tahsiniyat

C) HUKUM BERUBAT

7. Hukum Berubat Menurut Islam
8. Jenis Rawatan yang Diharamkan Islam
  • Rawatan yang Menggunakan Bahan-Bahan yang Haram
  • Rawatan yang Menggunakan Bahan-Bahan Najis
  • Rawatan yang Membawa Mudarat Besar dan Bencana yang Dahsyat Kepada Pesakit
  • Rawatan yang Berdasarkan Sihir, Khurafat dan Pemujaan
  • Perubatan yang Menggunakan Tangkal azimat
  • Rawatan Berdasarkan Jampi Mantera
  • Perubatan Menggunakan Jin (Makhluk Halus)
9. Hukum Menggunakan Benda-Benda Haram dan Najis
  • Pendahuluan, definisi ubat, definisi ubat yang Halal, Sumber Ubat
10. Rasional Tidak Boleh Berubat dengan yang Haram

C) BENDALIR BADAN, APLIKASI DAN 'TAHARAH'

11. Haid
12. Istihadah
13. Penetapan Hukum Masalah Haid
14. Rawatan untuk Masalah Haid
15. Nifas
16. Aplikasi Hukum ke atas wanita Haid dan Nifas
17. Hukum Pendarahan Sewaktu Mengandung dan Air Ketuban
18. Bendalir Badan yang lain
19. Cecair Badan yang Lain dan Hukumnya

D) PERLAKSANAAN IBADAH SEMASA SAKIT

20. Manhaj Kehidupan
21. Taharah
22. Tayamum
23. Pesakit yang Tidak Dapat Mengelak daripada Najis
24. Kaedah Solat Semasa Sakit (Gambar)

E) PUASA DAN ISU-ISU PERUBATAN MODEN

25. Puasa
26. Hikmah Puasa
27. Perkara yang membatalkan puasa
28. Kaedah Rawatan Moden berhubung perkara yang Membatalkan Puasa

Lebih lanjut, boleh rujuk buku Fikah Perubatan. Untuk wanita, boleh baca buku Amalan 24 Jam Wanita Haid sebagai rujukan tambahan.


Pesanan tambahan, belajar melalui buku perlu berguru. Pastikan ada orang yang lebih faqih untuk dirujuk agar setiap ilmu yang dipelajari berada di jalan yang betul. InsyaAllah. Selamat membaca.

Sunday, March 25, 2012

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Siswazah Sabah (PSS) 2012


Pimpinan PSS 2012/2013

Duduk Dari Kiri : Fazreen, Zaiem, Azizul, Zul Hilmey, Fauzi, Fanshuri , Hasmadi
Berdiri Dari Kiri : Azlinah, Rohana
18 Mac 2012 - Persatuan Siswazah Sabah telah melaksanakan Mesyuarat Agung di dewan Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu (ILPKK). Alhamdulillah, barisan kepimpinan yang baru telah dilantik bagi menerajui dan meneruskan visi, misi & matlamat PSS yang seterusnya.

Carta Organisasi PSS 2012/2013

Presiden
Engr. Mohd Zul Hilmey bin Makmud

Timbalan Presiden 1
En Ahmad Fauzi bin Saifuddin

Timbalan Presiden 2
Rohana binti Norakim

Setiausaha Agung
En Azizul bin Julirin

Bendahari Kehormat
En Mohammed Fanshuri bin Badaruddin

Exco Pembangunan Pelajar
En Mohd Fazreen bin Musin
Hasnidar binti Iskandar

Exco Perhubungan Masyarakat & Siswazah
En Zaiem Al-Hilmee
Azlinah binti Awang

Exco Urusan Media
En Hasmadi bin Hasbi

Exco Pembangunan Ekonomi
En Lamin bin Siamir


Tahniah & takziah diucapkan! Semoga PSS kali ini lebih baik dari sebelumnya. Selamat bertugas!

Wakil PSS & KRU
Terima kasih juga buat wakil PSS & KRU yang hadir. Jasa baik & kerjasama amat dihargai dan semoga istiqomah dalam membantu PSS dalam usaha-usaha mencapai matlamatnya.

~Sakinah, 25 Mac 2012~