Wednesday, September 29, 2010

Menjadi IBU bukanlah sesuatu yang MUDAH!!!




Pada Khamis yang lalu, 23 September 2010 saya dipanggil oleh Kak Nor. Kak Nor telefon saya sebelum waktu asar kira-kira jam 3 petang. "Assalamualaikum sakinah, Kak Nor ni. Sakinah kat mana sekarang?" 



"Waalaikumsalam, Kak Nor rupanya. Sakinah dalam bilik ni, Kenapa Kak Nor?" 

"Free tak sekarang ni? Kak Nor nak ajak jalan-jalan. Anak-anak nak pergi Taman Buaya. Boleh temankan?"

Saya berfikir seketika sama ada nak pergi atau tidak. "Ermm, bila nak jalan Kak Nor?"

"Dalam jam 4 petang kita jalan boleh? Jangan risau, ada kenderaan ambil Sakinah nanti." 

"Siapa2 lagi yang pergi Kak Nor selain Sakinah?" 

"Oh, kenal Afizah? Dia pun nak pergi."

"Afizah? Oh, Sakinah kenal dia. Baiklah Kak Nor, Sakinah pergi"

"Ok, Kak Nor telefon nanti kalau dah nak sampai. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam'

Antara sebab kenapa saya membuat keputusan adalah kerana saya nak hilangkan tekanan setelah menghadapi peperiksaan pertengahan semester pagi tadi. Selain itu, saya prihatin keadaan Kak Nor. Saya tahu, Kak Nor tak mapu nak kawal pergerakan anak2nya nanti. Mungkin sebab itu Kak Nor ajak saya dan Afizah. Minta tolong tengok2 dan jaga pergerakan anak2nya nanti.

Berkenaan tentang peperiksaan pagi tadi itu, benarlah doa tanpa usaha tiada maknanya. Alhmadulillah, Allah membantu saya menjawab dengan sebaiknya. Apa yang saya baca semuanyan masuk dalam peperiksaan. HEBATNYA ALLAH!!! Tapi manusia sering lupa, bukan semuanya yang berbuat demikian..ada yang berdoa sahaja tapi tiada usaha yang dilakukan..peringatan ini untuk diri saya sendiri juga..usaha,doa dan tawakkal itulah elemen penting ketika hendak melakukan sesuatu perkara.

Allah berfirman;

"Dan barangsiapa berserah diri kepada Allah,sedang dia orang yang berbuat kebaikan,maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada buhul(tali) yang kukuh. Hanya kepada Allah kesudahan segala urusan."
(Surah Luqman: 22)

Jelas dan nyatalah bahawa segala urusan perlu diserahkan kepada Allah setelah berusaha bersungguh-sungguh.

Selepas solat asar, saya bersiap untuk menunggu kedatangan Kak Nor. Dalam jam 4 petang, Kak Nor dan suaminya serta anak2 yang disayangi menjemput saya di perhentian bas.

Tanpa membuang masa kami bergegas ke Taman Buaya di Tuaran, takut Taman Buaya itu tutup dan mengecewakan anak2 yang begitu semangat nak pergi. Malangnya, kami tiba di Taman Buaya pada jam 5 petang dan pada masa itu pekerja2 di sana bersiap-siap nak balik.

Untuk tidak mengecewakan anak2 Kak Nor, suaminya memujuk agar mereka datang lagi di sana pada keesokan harinya. Kami pun balik dan dalam perjalanan, kami singgah di gerai tepi jalan. Di sana Kak Nor teringin nak makan puding kelapa dan lokan bakar. 

Setibanya kami di gerai tersebut, anak kedua Kak Nor merajuk dan tidak mahu keluar dari kereta. Suami Kak Nor puas memujuk tapi gagal membawanya keluar dari kereta untuk makan bersama-sama. Malas nak layan, anak keduanya itu ditinggalkan dalam kereta. Kak Nor kata, "Biarkan,nanti dia pandai keluar sendiri juga"

Sementara menunggu lokan bakar siap dihidangkan, saya, Afizah, Kak Nor, dua orang anaknya dan suaminya makan puding kelapa. Dua orang anak Kak Nor itu adalah anak pertama(perempuan) dan bayi yang berumur 6 bulan(lelaki) sedang didukung. Melihat keadaan Kak Nor yang begitu susah nak jaga dua2 orang anak2nya dalam masa yang sama, saya simpati. Anak perempuannya tak nak makan tapi nak ajak bermain-main di sekitar gerai. Manakala bayi yang didukung Kak Nor dibagi makan bubur. Kak Nor tak mampu nak layan anak2nya dalam masa yang serentak. Saya dan Afizah bertindak untuk menemani anaknya perempuan untuk bermain. Tidak lama kemudian, anak lelaki yang dalam kereta pula keluar untuk makan bersama-sama.

Masa inilah saya berfikir, sekiranya saya dan Afizah tidak pergi...macam manalah keadaan Kak Nor masa itu..begitu nakalnya anak2 itu..sekejap2 lari dekat jalan raya, suaminya pula berkejar-kejar mendapatkan anak2nya itu...apa yang saya kagum lihat kedua-dua pasangan ini, mereka sabar dan saling tolong menolong untuk jaga anak..kalau saya berada dalam keadaan Kak Nor masa itu, sudah tentu saya akan marah anak2 itu.

"Sabar itu sebahagian daripada iman"

Kagum tengok Kak Nor jaga anak2 itu. Penuh dengan kesabaran.

Setelah selesai makan, kami bertolak ke Politeknik. Di sana, Kak Nor menunaikan solat asar. Saya berfikir semula, kalau sebelum kahwin, pasti akan menunaikan solat di awal waktu tapi setelah kahwin? Apatah lagi bagi kaum wanita yang ada anak..pasti sibuk nak menjaga anak..anak iti kurniaan Allah, semestinya dijaga dengan baik..begitulah keadaanya..ada perbezaan sebelum dan selepas kahwin..sebelum kahwin, insyaAllah ada masa untuk mempertingkatkan amal ibadah dengan baik tetapi berbeza keadaannya setelah berkahwin..lebih fokus dahulu terhadap penjagaan anak..saya tak katakan anak itu penghalang untuk beribadah tetapi melakukan ibadah sebelum kahwin lebih banyak berbanding setelah kahwin..

Selesai solat, kami diajak untuk makan bersama-sama di Anjung Senja..sekali lagi, anak kedua Kak Nor buat hal lagi..dia tidak ingin makan bersama-sama dan rela tinggal dalam kereta..sementara menunggu makanan dihidang, saya dan Afizah pergi menghampiri pantai untuk menenangkan diri untuk seketika..

Subhanallah, indahnya ciptaan Allah! Begitu cantik sekali pemandangan laut di waktu malam..amat tenang sekali..berfikir sejenak..kenapa setiap kali ke pantai berasa amat tenang? Mengimbau kembali ketika mengikuti satu program Islamik Summer Camp di Kawang..

Sewaktu itu, pengisian sedang berlangsung selepas solat Isyak ditunaikan..saya masih ingat lagi, ketika itu pengarah program menjadi pengerusi majlis..sebelum dia menjemput penceramah untuk mengendalikan pengisian, dia memberi sedikit tazkirah..

Katanya, "Kenapa setiap kali kita merasa tenang apabila melihat air terjun, pergi ke pantai, melihat flora dan fauna dan macam2 lagi?...dia meninggalkan persoalan itu kepada peserta tetapi seorang pun tidak memberi respon..lalu dia pun menjawab, "Sebabnya ialah mereka itu adalah makhluk Allah yang sentiasa berzikir kepada Allah..tidak pernah putus2 untuk memuji kebesaran Allah..bukankah berzikir itu menenangkan hati? Sebab itu kita juga berasa tenang apabila melihat makhluk2 Allah tersebut tetapi pada masa yang sama kita juga digalakkan berzikir bersama.."

Ayat itu lah saya masih ingat sampai sekarang..walau di mana saya berada pun, akan saya masukkan dan selitkan kalau ada tazkirah untuk sahabat2 dan adik2 usrah..

Allah berfirman:

"Apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi bertasbih kepada Allah, dan Dialah Yang Maha perkasa lagi Maha Bijaksana"

(Surah As-Saff: 1)

Benarlah kata2 Allah dalam Al-Quran, sama juga dalam keadaannya apabila saya melihat laut dan langit ketika berjalan-jalan bersama Afizah..hati begitu tenang sekali...

Puas menenangkan hati kami pun bergerak ke meja makan..mana tahu Kak Nor dan suaminya menunggu kami untuk makan bersama-sama..

Alhamdulillah, begitu banyak rezeki Allah..makanan yang dihidang di depan mata semuanya sedap2 dan menyelerakan..tanpa membuang masa, kami pun makan..dalam proses hendak menjamah makanan yang ada, saya simpati melihat keadaan Kak Nor..

Ketika Kak Nor nak makan, di situlah juga anak yang ke-3 menangis nak makan juga..anak tu dah makan tetapi nak makan juga kalau kami makan..Kak Nor pun cuba dapatkan satu pinggan khas untuk anaknya..dapat ja pinggan itu, Kak Nor terus letakkan sedikit nasi dan letakkan di meja makan bayi..agak lucu melihat gelagat anak Kak Nor yang ke-3 itu makan, gelojoh dan comot..beberapa minit kemudian, anak itu pun menangis..suami Kak Nor mula tidak menyenangi keadaan itu..suaminya kecian melihat Kak Nor melayan karenah anaknya yang menangis itu..tidak sanggup melihat, suaminya mendodoikan dengan membawa jalan2 sekitar gerai..baru sedikt sahaja suaminya makan tapi demi tidak mahu melihat anaknya yang ke-3 itu menangis2, dia pun sanggup mendodoikan..kata Kak Nor, selepas makan anaknya itu mesti mahu tidur..kaalu tidak, menangis tanpa henti...

Kak Nor yang cepat2 makan asyik2 melihat keadaan suaminya dan anaknya itu..tidak sanggup melihat juga, dia pun mengambil alih tugas suaminya pula..suaminya pula sambung makan...begitulah keadaanyan selama satu jam lebih di gerai makan di Anjung Senja..selang beberapa minit, Kak Nor dan suaminya bertukar-tukar mendodoikan anak mereka itu..

Saya dan Afizah hanya mampu melihat dan tidak mampu nak masuk campur kerana hanya Kak Nor dan suaminya sahaja tahu keadaan anak2nya itu..

Sungguh besar pengorbanan Kak Nor dan suaminya...begitu sabar dan tabah menghadapi karenah anak2nya..

Pengajaran yang saya boleh ambil di sini sepanjang bersama-sama keluarga Kak Nor ialah pengorbanan seorang ibu..bagi yang bercita-cita hendak kahwin, sudah bersediakah menjadi seorang ibu yang akan menghadapi pelbagai cabaran? Bagaimana persiapan ilmu rumahtangga? Bukan setakat ilmu rumahtangga malah ilmu agama juga dititikberatkan...

Dalam satu artikel yang saya pernah baca, antara jihad bagi seorang wanita ialah ketika hendak melahirkan anak..di sinilah seorang ibu berjuang habis-habisan untuk melahirkan anak yang dikandungkan selama 9 bulan!!!! Seorang ibu ketika itu berjuang dengan nyawanya samada anak yang dilahirkan itu selamat atau tidak atau pun ibunya yang tidak selamat..pernah dengarkan seorang ibu meninggal dunia selepas melahirkan anak..tidak mustahil perkara itu berlaku..ajal di tangan Allah..

Bersyukurlah terhadap ibu yang dikurniakan dari Allah..

Allah berfirman:

"Dan Kami perintahkan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusunya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepadaKu kembalimu"

(Surah Luqman: 14)

Jelas dan nyata bahawa pengorbanan ibu bapa amat besar. Bersyukurlah kepada Allah kerana mengurniakan kedua ibu bapa kepada kita..dan bersyukur jugalah mereka masih menjaga kita sehingga kini..tetapi bagaimana dengan isu pembuangan bayi yang semakin teruk pada hari ini? Setiap hari ada saja berita yang melaporkan pembuangan bayi!! Kesian bayi yang dibuang, bayi itu tidak berdosa...

Syukurlah masih lagi ada yang masih sayangkan anak pada zaman ini..melihat cara penjagaan anak oleh Kak Nor dan suaminya itu, persediaan di alam rumahtangga memerlukan kekuatan fizikal dan mental dan juga persiapan yang sangat2 rapi..

Sekadar itu saja perkongsian hari ini..mudah-mudahan menjadi seorang yang soleh dan solehah...jadilah anak yang baik, hargai mereka selagi masih ada..sesal kemudian tiada gunanya...

Wallhualam...

Saturday, September 18, 2010

Raja adil, Raja 'disembah'

BIARKAN GAMBAR MENCERITAKAN SEGALANYA….
SUMBER: ‘Kembara Sang Hamba’
Photo 1: Tuanku Faris berada dihadapan sebelah kanan Tuan Guru Menteri Besar ketika para makmum mula bersalaman dengan Tuanku dan para pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan sebaik selesai solat sunat selepas solat Jumaat...
Photo 2: Menyedari Tuan Guru Menteri Besar berada agak terkebelakang, dengan segera Tuanku Faris memanggil Tuan Guru Menteri Besar agar bersama dengan Baginda dihadapan agar mudah para makmum bersalaman dengan mereka... “Tok Guru mari dok sebeloh kito sini”, kata Tuanku Faris kepada Tuan Guru Menteri Besar...

*Tuan Guru pada mulanya memberi laluan kepada Tuanku Faris kerana menghormati Baginda Sultan.
Photo 3: Tuanku Faris memberikan laluan kepada Tuan Guru Menteri Besar supaya berada bersama Baginda di hadapan...
Photo 4: “Sebeloh ni Tok Guru”, kata Tuanku Faris kepada Tuan Guru Menteri Besar sambil Baginda Tuanku Faris dan yang lainnya mempersilakan Tuan Guru kehadapan…
Photo 5: Gabungan 3 posisi penting dalam pentadbiran Negeri Kelantan... Tuanku Sultan Kelantan Tengku Faris Petra, Imam Besar Masjid Muhammadi dan juga Tuan Guru Menteri Besar Kelantan...


Gabungan terbaik yang wajib dijadikan contoh di Negara Malaysia... Sultan yang berjiwa rakyat & mementingkan agama dalam urusan harian dan juga Ulama yang menjadikan Al-Qur'an dan Sunnah sebagai rujukan dalam pentadbiran Negeri dan kehidupan harian..
Photo 6: Para makmum beratur mengikut giliran untuk beramah mesra dengan 3 orang penting dalam Negeri Kelantan...
p/s:-RAJA, ULAMA, dan UMARA’ adalah Trio peneraju yang akan memandu rakyat menuju kecemerlangan Akhirat dan Dunia.
Moga keserasian Fikrah yang terjalin akan sentiasa kekal sampai bila-bila… Ameen!
-Tahniah buat seluruh rakyat Kelantan atas pemasyhuran Sultan yang baharu-

Friday, September 17, 2010

Ujian itu Tanda Peringatan dariNYA...





Kedengaran lagu Kehidupan dendangan Inteam bersama Nazrey Raihan berkumandang, lantas ku segera mendapatkan telefon untuk membaca mesej yang diterima..


"Salam sahabat2, amir kita Fadhil sedang dirawat di hospital Temerloh Pahang kerana patah kaki kemalangan motor. Mohon sahabat2 untuk sama2 mendoakan kesihatan beliau."

Terkejut!!! Itulah reaksi saya. Saya membalas mesej sahabat, "innalillahi wa inna ilahi rajiuun...masyaAllah...moga Allah membantunya..."

Tanpa membuang masa, saya forwardkan mesed itu kepada semua sahabat2 yang mengenali Fadhil dan juga sahabat2 Al-Irfaan yang lain.

Ahmad Fadhil Mohamad atau dikenali sebagai Fadhil merupakan mantan Pengerusi Al-Irfaan sesi 2008/2009 Kolej Matrikulasi Labuan. Beliau antara orang yang saya kagumi kerana beliau mempunyai sifat kepimpinan yang mantap dan sahsiahnya yang baik ketika memegang tampuk pimpinan sahabat Al-Irfaan sesi kami.

Sesuai dengan lagu Kehidupan, iaitu ringtone mesej saya. Lagu ini banyak meninggalkan kenangan. Antara yang tidak boleh dilupakan sangat2, lagu ini dinyanyikan semasa Majlis Penutupan Minggu Penghayatan Islam yang dibawa oleh kumpulan nasyid Munawwar yang mana salah seorang ahlinya adalah pengerusi surau itu sendiri. Sejak dari hari itu, lagu itu menjadi tema bagi sesi kami. Dengar saja lagu ini pasti akan teringat kenangan2 sepanjang berada di Kolej Matrikulasi Labuan khusus Surau Al-Irfaan.

Surau Al-Irfaan itulah yang banyak meninggalkan kesan dalam hati. Terlalu banyak perkara yang tidak boleh dilupakan sehingga kini! Di situ lah tempat para sahabat ber"UKHUWAH", makan bersama-sama, belajar berkumpulan, bergerak kerja dan macam2 lagi.

Tidak ku sangka, Fadhil yang saya boleh katakan antara orang yang kuat agamanya dan alim ditimpa musibah.

Allah berfirman:

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji? "Dan sungguh, Kami telah menguji orang2 sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang2 yang benar dan pasti mengetahui orang2 yang dusta."  

(Surah Al-Ankabut : 2 - 3)

Tidak beriman seseorang itu jika tidak diuji.

Petikan lirik  Kehidupan:

...ujian adalah tarbiyyah dari Allah
Apakah kita kan sama ataupun sebaliknya...

Ingatlah, semua manusia ini sama saja di sisi Allah, yang membezakan hanyalah iman dan taqwa masing2.

Seorang sahabat saya pernah memberi tazkirah sebelum memulakan mesyuarat, dia kata...

"Allah menegur kita atau memberi peringatan dengan pelbagai cara. Contohnya, Allah boleh menegur melalui sahabat sendiri seperti sahabat menegur kesalahan yang kita lakukan tetapi hakikatnya kita sukar untuk menerimanya. Kalau dimuhasabah balik, sebenarnya itulah tanda peringatan dari Allah" 

Seperti sahabat saya yang sedang ditimpa musibah ini, itulah ujian dariNYA. Mungkin ada sesuatu kesilapan atau telah melanggar perintahNYA diberi musibah. Seeloknya, marilah bersama-sama bermuhasabah. Anggaplah itu tanda kasih sayang dari ALLAH. Allah amat menyayangi hambanya.





Hidup di dunia ini perlu banyak bersyukur

Bersyukur kepada orang yang menyakiti kamu,

Kerana dialah orang yang menabahkan kamu,

Bersyukur kepada orang yang tidak endahkan kamu,

Kerana dialah yang mampu kamu berdikari,

Bersyukur kepada orang yang menjatuhkan kamu,

Kerana dialah yang memperhebatkan kamu,

Bersyukur kepada orang yang menyeksa kamu,

Kerana dialah yang menguji kesabaran kamu,

Bersyukurlah dengan segala ujian dari-NYA,

Kerana semua meningkatkan iman kamu



Amat beruntunglah bagi orang2 beriman yang diuji, semakin banyak masalah yang dihadapi dan ujian dariNYA semakin bertambah iman kepada Allah.

Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia2. Begitulah juga dengan ujian yang diberikan, pasti ada hikmahnya. Sentiasa berbaik sangka dengan Allah.

Semoga Allah membantumu dalam menempuh musibah ini. Ingatlah Allah selalu, nescaya Allah akan mengingatimu.

Innallaha maana 
(sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita)
(Surah At-Taubah : 41)

Kepada sahabat2 Al-Irfaan, semoga ukhuwah yang terbina berkekalan. Jagalah ia sebaiknya!



"SETAHUN BERSAMA SEHAYAT TERASA"


Wednesday, September 15, 2010

Bermulanya Jihad...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi kerana masih diberi peluang untuk menghirup oksigen kurniaan Allah.  Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita iaitu Rasulullah S.A.W, keluarga dan para sahabat baginda..

Minat saya untuk menulis blog semakin bertambah. Saya amat tertarik dan seronok apabila membaca blog-blog sahabat. Terlalu banyak ilmu yang saya boleh dapat. Sebelum ini, saya tak berminat langsung untuk membuat blog sendiri. Bagi saya, membuat blog ini membuang masa sahaja tapi pada hari ini segala-galanya telah berubah. Persepsi saya terhadap blog sudah berubah.

Mula terdetik untuk membuat blog awalnya pada bulan Mei 2010 selepas cuti semester iaitu selepas Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB) Kolej Matrikulasi Labuan 2010/2011 yang dibuat pada 9 hingga 16 Mei 2010. Malangya, kesibukan saya telah membuatkan saya terpaksa menangguhkan buat blog.

Dua minggu selepas MPPB, Kem Remaja Islam Kota Kinabalu (KRIS KK) bakal berlangsung. Saya diamanahkan sebagai timbalan setiausaha. Namun, segala-galanya telah berubah setelah membuat mesyuarat. Terlalu banyak masalah yang timbul sewaktu saya menjalankan tugas sebagai fasilitator MPPB di Labuan.

Gerak kerja KRIS sudah lama berjalan (sebelum MPPB lagi) tetapi perancangan berubah setelah dari MPPB. Kami menghadapi masalah untuk mendapatkan kelulusan tapak program. Walaubagaimanapun, masalah itu dapat diatasi oleh Kak Azie (timbalan pengarah). Kak Azie berusaha untuk mendapatkan kelulusan tapak di sekitar sekolah KK tetapi gagal. Akhirnya, kami membuat keputusan untuk membuat KRIS di Masjid UMS. Alhmdulillah, permohonan menggunakan tapak diluluskan dan KRIS ditangguh pada awal bulan JUN.

Setelah diluluskan, maka semua perlaksanaan mesti mengikuti peraturan-peraturan UMS. Surat pekeliling telah dikeluarkan, sebarang program yang melibatkan pelajar sekolah, pelajar sekolah dilarang menjadi ahli jawatankuasa. Pada masa itu, majlis tertinggi hanya ada seorang pelajar sekolah sahaja iaitu adik Zitah memegang sebagai setiausaha. Timbalan pengarah memilih adik Zitah sebagai setiausaha untuk memudahkan urusan kerja di SMK Bandaraya memandangkan adik Zitah juga pelajar SMK Bandaraya. Pada masa itu, tempat untuk KRIS di SMK Bandaraya. Segala urusan surat menyurat lebih mudah kalau ada pelajar dari sana dilantik. Malangnya, jawatan setiausaha itu ditukar kepada saya kerana sekurang-kurangnya majlis tertinggi mesti bergelar mahasiswa.

Sejak hari itu, tugas saya semakin bertambah. Banyak urusan yang perlu dibuat. Gerak kerjanya perlu bermula dari awal lagi. Pelbagai mehnah dan tribulasi dalam melaksanakan gerak kerja KRIS kali ini. Pengarah, saudara Fanshuri kebetulan pada tahun ini menjalani praktikal dan timbalan pengarah kak Azie pula sibuk dengan tesis. Pada masa yang sama kak Ema,bendahari juga menjalani praktikal. Tinggallah saya sebagai setiausaha dan Nurfarahin sebagai timbalan bendahari untuk teruskan gerak kerja kRIS.

Buat pertama kalinya kami berdua terpaksa teruskan dalam keadaan yang kelam kabut di mana pengarah dan timbalan pengarah masing-masing sibuk. Mereka tidaklah meninggalkan sepenuhnya dengan begitu sahaja, ada juga menolong yang patut. Tapi, sewaktu itu saya dan Nurfarahin dan seorang sahabat lagi mengalami tekanan. Terlalu banyak yang kami tidak tahu nak buat apa.

Walaupun banyak masalah ketika itu, Alhamdulillah program KRIS berjalan dengan jayanya. Seperti yang saya pernah dengar sebelum ini, KRIS KK antara program yang terbaik terutamanya slot muhasabah. Terima kasih buat sahabat-sahabat yang membantu.
Satu perkara yang saya amat tersentuh dalam program ini, seorang adik meluahkan perasaan dia tentang program ini. Dia kata, dia rasa tersentuh dan cuba berusaha untuk berubah selepas dari program ini. Ketika itu saya berdiri di belakang. Dia bagi respon sambil menangis. Saya pun hampir nak menangis dengan kata-kata adik itu. Dia kata inilah program terbaik yang dia pernah ikut, mampu menyedarkan dia. Itulah matlamat program ini. Kami tidak mahu program ini berjaya sekadar nak lihat berapa jumlah peserta yang hadir tetapi kesedaran itulah yang penting. Apa pun, adik-adik yang ikut program ini akan di follow up.

Selesai KRIS, saya terlibat lagi dengan program kolej kediaman. Pada masa yang sama juga saya terlibat dengan Program Pembangunan Modal Insan 2010 (PMI 10). Memang tidak beekesempatan untuk membuat blog ketika itu.

Saya bercadang nak membuat blog selepas berakhir PMI tetapi Festival Kesenian Islam (FKI) pula menanti. Saya diamanahkan sebagai timbalan setiausaha. Kali ini, saya berjaya membuat blog. Pelancaran blog dibuat ketika dalam perlaksanaan FKI. Ketika itu, ada masa lapang sikit dan timbul kesedaran dari diri sendiri untuk membuat blog. Dari situlah saya mula giat aktif dalam blog. Banyak manfaatnya.

Pada hari ini, saya rasa terlalu rendah diri terhadap adik-adik yang saya kenal melalui program PSS. Mereka ada blog dan penulisan mereka lebih hebat dan bermanfaat. Mereka menggunakan blog ini sebagai salah satu medium/wasilah/wadah untuk berdakwah. Memang itulah yang saya cuba lakukan tetapi adik-adik itu lebih ke hadapan. Saya rasa malu sangat. Kalau mereka boleh buat, kenapa kita tidak boleh buat?

InsyaAllah, blog ini akan saya gunakan untuk ke jalan dakwah...

p/s: saya minta maaf kepada nama-nama yang digunakan di atas sekiranya ada perkara yang telah menyakitkan atau tersalah bicara.

Tuesday, September 14, 2010

NUR part 1

Tahun 2002


“Nur, dapat berapa UPSR?”

 “Ermm Teha, tak lah bagus sangat result Nur ni. Nur dapat 1A 2B 1C 1D ja.”  “Teha dapat berapa? Mesti ok ni kan?”

 “Alhamdulillah Nur, Teha dapat 5A”

 “Baguslah tu. Nur dah agak keputusan Teha mesti cemerlang. Selepas ni nak sambung belajar kat mana?”

“InsyaAllah, bapa Teha nak hantar belajar kat Semenanjung.”

“Wah, bagusnya belajar kat Semenanjung. Syukurlah Teha, bapa Teha ambil berat tentang pelajaran Teha. Nur ni tak tau lagi nak sambung belajar kat mana. Ada kah sekolah yang mau sudi terima Nur?”

“Tak baik cakap macam tu Nur. Pasti ada sekolah yang sudi menerima Nur. Nur kena berusaha, doa dan tawakkal kepada Allah. Allah itu Maha Adil. Allah tidak akan mensia-siakan usaha hambanya. Jangan mudah putus asa. Innallah maana. Sesungguhnya Allah sentiasa bersamamu.”

“Terima kasih Teha. Nur cuba usahakan yang terbaik.”

Dua minggu selepas keputusan UPSR keluar...

Tempat: Ruang rehat bilik Pejabat Am

“Nur dah dapat tawaran sekolah menengah?”

“Dapat tapi bukan sekolah yang Nur inginkan, hampa...”

“Kenapa pula? Kan bagus dah dapat tawaran. Nur patut bersyukur. Ramai lagi yang memohon tapi tak dapat. Kesian dorang.”

“Nur bersyukur tapi sekolah yang Nur dapat tu tak bagus sangat. Ramai kawan-kawan kata sekolah tu tak bagus. Ramai pelajar yang nakal, samseng dan ROSAK!!!. Nur takut Nur turut terjebak sekali.”

“Astaghfirullah Nur, tak baik cakap macam tu. Semua tu terpulang dengan diri sendiri. Bukan semua sekolah yang Nur inginkan tu SERATUS PERATUS sempurna. Mana tau sekolah yang Nur dapat tu lebih baik dari sekolah yang Nur inginkan DAN bukan SERATUS PERATUS semua pelajar disekolah yang Nur dapat tu seperti yang Nur sangkakan. Pasti ada pelajar yang baik dan cemerlang dalam sekolah tu juga. Mustahil la tiada seorang pelajar pun yang cemerlang dalam akademik dan sahsiahnya. MUSTAHIL!!!

“...boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu yang diinginkan, padahal itu lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu...”  (Surah Al-Baqarah: 216)

“Yakinlah dengan ayat Allah ni Nur. Nur tak Nampak sekarang tapi kesannya pada masa akan datang. Percayalah.”

“Terima kasih Teha. Hati ini sedang memujuk tapi masih sukar untuk terimanya.”

“Beginilah Nur, Nur teruskan sahaja dulu kat sekolah tu. Kalau Nur tak pergi sekolah tu, Nur nak buat apa selepas ni? Bukankah Nur pernah cakap Nur ingin membantu keluarga Nur? Inilah peluangnya Nur. Buktikan Nur mampu tolong perbaiki kehidupan keluargan Nur.”

“Betul cakap Teha tu. Nur ada mohon sekolah agama juga tetapi ditolak. Nak tau apa alas an permohonan Nur ditolak?”

“Kenapa?”

“Semua salinan surat beranak, sijil-sijil dan sebagainya tidak disahkan benar. Nur terkejut sangat. Kata pihak sekolah tu, permohonan dah lengkap tapi satu ja masalahnya iaitu salinan tidak disahkan benar. Nur cuba pujuk dorang untuk mempertimbangkan semula tapi segala-galanya dah lewat. Masa tu Nur datang sehari sebelum tarikh tutup permohonan untuk memastikan permohonan lengkap atau tidak. Malangnya, pujuk rayu Nur tidak diterima. Salah Nur juga sebab tidak memastikan semua salinan tu disahkan benar. Nur ingatkan semua salinan tu dicop saja rupanya perlu disahkan benar juga. Inilah pengajaran pertama buat Nur. Semua urusan permohonan sekolah Nur uruskan sendiri. Tak boleh minta pertolongan ibu dan bapa sebab masing-masing sibuk mencari rezeki untuk kami. Dorang tiada masa untuk uruskan semua ni. Nur terpaksa belajar sendiri untuk menguruskannya.”

“kesiannya Nur. Kenapa kakak Nur tak tolong?”

“Kakak? Dia sibuk belajar. Dia minta Nur urus sendiri juga. Begitulah kehidupan Nur. Diajar untuk berdikari sendiri dari kecil lagi.”

“Taka apa la Nur. Kesilapan buat kita semakin matang. Selepas ni, Nur lebih akan berhati-hati terhadap semua tindakan yang dibuat. Kadang-kadang Allah sengaja biar kita buat silap. Napa? Selepas kita buat silap, kita akan sedaya upaya tidak akan mengulanginya lagi. Betul tak?”

“Betul tu, Nur setuju. Selepas ni Nur akan lebih berhati-hati.”

“InsyaAllah. Nur, setiap kali perbuatan yang kita nak lakukan pastikan Nur sertakan InsyaAllah ya.”

“Kenapa mesti buat begitu?”

“InsyaAllah tu maksudnya dengan izin Allah. Segala perbuatan itu berlaku dengan izin Allah.
Oh ya Nur, kita ni asyik bercerita tentang sekolah tapi Nur tak sebut pun nama sekolah yang Nur dapat, yang Nur tak inginkan dan sekolah agama yang Nur mohon tu. Bagitaulah nama-nama sekolah tu.”

“Terlupa pula.” Ketawa kecil.

“Nama sekolah yang Nur inginkan tu SMK Putatan. Nur nak sangat sekolah tu sebab sekolah tu dekat dengan rumah Nur. Boleh jalan kaki pergi sekolah. Tak payah nak keluarkan duit untuk naik bas. Tak juga menyusahkan ibu dan bapa untuk menghantar Nur ke sekolah. Nama sekolah yang Nur tak suka tu SMK Tansau. Sekolah tu jauh kat Kg. Contoh. Kena jalan kaki jauh ke sekolah tu. Kakak Nur sekolah sana juga. Sekolah agama yang Nur idamkan tu Sekolah Agama Toh Puan Kota Kinabalu. Sejak dari dulu lagi, Nur dengar dari kawan-kawan kakak sekolah tu bagus. Ada kawan kakak Nur tu, semua adik-beradik dia sekolah kat sana. Semuanya baik-baik. Ada yang dah sambung belajar kat Mesir lagi.”

“Ohh SMK Tansau rupanya. Teha ada dengar juga tentang sekolah tu. Bukan sekolah tu ada bangunan baru ka?”

“Bangunan baru tu kat Kg. Ketiau. Lupa pula nak bagitau, tahun depan sekolah tu akan berpindah ke bangunan baru tu. Kamilah orang pertama yang merasmikan dan menggunakan segala peralatan dan kemudahan kat sana.”

Hepi nampak.”

“Hepi tu hepi juga tapi masih ada kerisauan dalam hati ni. Macam mana la kehidupan Nur kat sana nanti. Nak pergi sekolah tu kena jalan kaki keluar untuk ambil bas. Tambang 50 sen sehala, sehari RM 1.00 terbang pergi dan balik. Tak termasuk perbelanjaan makanan lagi. Kan menyusahkan ibu bapa namanya tu? Kesian ibu bapa Nur nanti. Semakin meningkat perbelanjaan kami kalau nak sambung belajar ni. Adik lelaki Nur juga dapat sekolah yang sama. Tekanan Nur. Kakak dan adik lelaki dalam satu sekolah yang sama. Susah nak bergerak bebas sikit lagi-lagi kalau ada kakak kat sana. Mesti dikawal tu.”

“Untunglah Nur, dapat guna bangunan sekolah baru. Bersyukurlah sebab ada kakak Nur yang boleh tengok-tengok Nur nanti kat sana.”

“InsyaAllah.”

“Nur dah tengok sekolah tu. Memang cantik sekolah tu, macam Universiti. Penat nak berjalan.”

“Baguslah tu. Gunakan kemudahan sekolah dengan sebaiknya ya. Teha doakan agar Nur berjaya dalam akademik dan kehidupan di dunia dan akhirat.”

“Amiiin. Nur doakan yang sama buat Teha."


SMK TANSAU

BANGUNAN PENTADBIRAN




BANGUNAN AKADEMIK





BANGUNAN MAKMAL DAN TEMPAT LETAK KERETA GURU DAN PELAJAR



BANGUNAN FLAT GURU
Nantikan kisah Nur yang seterusnya pada post akan datang...

Sunday, September 12, 2010

Ibrah from mistakes...


Bismillah. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Astagfirullahalazim. Thank you Allah for letting me learn lessons/ibrah from my mistakes. Subhanallah, my tarbiah from Allah, what I can see is that Allah let me make mistakes so that I can learn from it. The effect is long-lasting, insyaAllah. Alhamdulillah. From this mistake, I learn about ummah. How I can see how critical they are, our own brothers and sisters of Islam, swept away with their desires in this phony little world. Even in this barakah month, Ramadhan, they seemed to be lost without guidance from Allah. Nauzubillah. 


Ikhtilat is something that seemed 'normal' to them. In crowded places or dark silent corner, they don't really seemed to feel that what they did is wrong. To all muslims, mukmin out there! Remember the famous verse in quran! Walatakrabuzzina! Don't you come close to zina! No matter if you are only two (a girl and and a boy), or you are great in numbers, if you seat anywhere, 'melepak', 'berborak', etc without REAL, TRUE PURPOSE, I remind you and myself especially, don't, just don't do it.

I'm afraid it will cause our hearts to darken with sins. Nauzubillah. Why don't we gather, spend our time a bit to discuss the REAL and IMPORTANT issues in hand. What's going on with Islam and the believers? Are our brothers and sisters there in Palestine suffering from cold, starvation and real pressure by Yahudi laknatullah? What can we do to help ummah? I would like to ask of you and myself, how many minutes did we spend our time to think of these important issues? Allah gave each and everyone of us 24 hours a day, did we spend at least a minute to remember Allah? To help His religion? To aid ummah's needs? Astagfirullah.

Ya, Allah thank you for letting me learn from my mistakes. Ya, Rahman, ya Rahim, don't let me go astray without Your proper guidance. Ya, Allah don't let my sins be the cause for me be far from You. Nauzubillah.

I love the lyrics below, it's really meaningful to me and hopefully we all can learn something from it.


Keredhaan Mu...

Ya, Allah ya Tuhanku
HambaMu merindukan rahmat kasih-sayangMU
Dan jua keredhaanMu dalam hidupku

Meskipun ku ulangi dosa noda
Yang menjanjikan azab sengsara
NAmun ku sedari keampunanMu tidak bertepi
Ku akui diri ini hamba mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati 
PadaMu Ilahi

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah, redhakanlah kehidupanku

Moga terhapus penghijab kalbu
Antara Kau dan aku

Tuhan, ku zalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri

Tuhan, jangan kau palingkan hati ini
Setelah kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih

Perkongsian dari blog sahabat...