Minat saya untuk menulis blog semakin bertambah. Saya amat tertarik dan seronok apabila membaca blog-blog sahabat. Terlalu banyak ilmu yang saya boleh dapat. Sebelum ini, saya tak berminat langsung untuk membuat blog sendiri. Bagi saya, membuat blog ini membuang masa sahaja tapi pada hari ini segala-galanya telah berubah. Persepsi saya terhadap blog sudah berubah.
Mula terdetik untuk membuat blog awalnya pada bulan Mei 2010 selepas cuti semester iaitu selepas Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB) Kolej Matrikulasi Labuan 2010/2011 yang dibuat pada 9 hingga 16 Mei 2010. Malangya, kesibukan saya telah membuatkan saya terpaksa menangguhkan buat blog.
Dua minggu selepas MPPB, Kem Remaja Islam Kota Kinabalu (KRIS KK) bakal berlangsung. Saya diamanahkan sebagai timbalan setiausaha. Namun, segala-galanya telah berubah setelah membuat mesyuarat. Terlalu banyak masalah yang timbul sewaktu saya menjalankan tugas sebagai fasilitator MPPB di Labuan.
Gerak kerja KRIS sudah lama berjalan (sebelum MPPB lagi) tetapi perancangan berubah setelah dari MPPB. Kami menghadapi masalah untuk mendapatkan kelulusan tapak program. Walaubagaimanapun, masalah itu dapat diatasi oleh Kak Azie (timbalan pengarah). Kak Azie berusaha untuk mendapatkan kelulusan tapak di sekitar sekolah KK tetapi gagal. Akhirnya, kami membuat keputusan untuk membuat KRIS di Masjid UMS. Alhmdulillah, permohonan menggunakan tapak diluluskan dan KRIS ditangguh pada awal bulan JUN.
Setelah diluluskan, maka semua perlaksanaan mesti mengikuti peraturan-peraturan UMS. Surat pekeliling telah dikeluarkan, sebarang program yang melibatkan pelajar sekolah, pelajar sekolah dilarang menjadi ahli jawatankuasa. Pada masa itu, majlis tertinggi hanya ada seorang pelajar sekolah sahaja iaitu adik Zitah memegang sebagai setiausaha. Timbalan pengarah memilih adik Zitah sebagai setiausaha untuk memudahkan urusan kerja di SMK Bandaraya memandangkan adik Zitah juga pelajar SMK Bandaraya. Pada masa itu, tempat untuk KRIS di SMK Bandaraya. Segala urusan surat menyurat lebih mudah kalau ada pelajar dari sana dilantik. Malangnya, jawatan setiausaha itu ditukar kepada saya kerana sekurang-kurangnya majlis tertinggi mesti bergelar mahasiswa.
Sejak hari itu, tugas saya semakin bertambah. Banyak urusan yang perlu dibuat. Gerak kerjanya perlu bermula dari awal lagi. Pelbagai mehnah dan tribulasi dalam melaksanakan gerak kerja KRIS kali ini. Pengarah, saudara Fanshuri kebetulan pada tahun ini menjalani praktikal dan timbalan pengarah kak Azie pula sibuk dengan tesis. Pada masa yang sama kak Ema,bendahari juga menjalani praktikal. Tinggallah saya sebagai setiausaha dan Nurfarahin sebagai timbalan bendahari untuk teruskan gerak kerja kRIS.
Buat pertama kalinya kami berdua terpaksa teruskan dalam keadaan yang kelam kabut di mana pengarah dan timbalan pengarah masing-masing sibuk. Mereka tidaklah meninggalkan sepenuhnya dengan begitu sahaja, ada juga menolong yang patut. Tapi, sewaktu itu saya dan Nurfarahin dan seorang sahabat lagi mengalami tekanan. Terlalu banyak yang kami tidak tahu nak buat apa.
Walaupun banyak masalah ketika itu, Alhamdulillah program KRIS berjalan dengan jayanya. Seperti yang saya pernah dengar sebelum ini, KRIS KK antara program yang terbaik terutamanya slot muhasabah. Terima kasih buat sahabat-sahabat yang membantu.
Satu perkara yang saya amat tersentuh dalam program ini, seorang adik meluahkan perasaan dia tentang program ini. Dia kata, dia rasa tersentuh dan cuba berusaha untuk berubah selepas dari program ini. Ketika itu saya berdiri di belakang. Dia bagi respon sambil menangis. Saya pun hampir nak menangis dengan kata-kata adik itu. Dia kata inilah program terbaik yang dia pernah ikut, mampu menyedarkan dia. Itulah matlamat program ini. Kami tidak mahu program ini berjaya sekadar nak lihat berapa jumlah peserta yang hadir tetapi kesedaran itulah yang penting. Apa pun, adik-adik yang ikut program ini akan di follow up.
Selesai KRIS, saya terlibat lagi dengan program kolej kediaman. Pada masa yang sama juga saya terlibat dengan Program Pembangunan Modal Insan 2010 (PMI 10). Memang tidak beekesempatan untuk membuat blog ketika itu.
Saya bercadang nak membuat blog selepas berakhir PMI tetapi Festival Kesenian Islam (FKI) pula menanti. Saya diamanahkan sebagai timbalan setiausaha. Kali ini, saya berjaya membuat blog. Pelancaran blog dibuat ketika dalam perlaksanaan FKI. Ketika itu, ada masa lapang sikit dan timbul kesedaran dari diri sendiri untuk membuat blog. Dari situlah saya mula giat aktif dalam blog. Banyak manfaatnya.
Pada hari ini, saya rasa terlalu rendah diri terhadap adik-adik yang saya kenal melalui program PSS. Mereka ada blog dan penulisan mereka lebih hebat dan bermanfaat. Mereka menggunakan blog ini sebagai salah satu medium/wasilah/wadah untuk berdakwah. Memang itulah yang saya cuba lakukan tetapi adik-adik itu lebih ke hadapan. Saya rasa malu sangat. Kalau mereka boleh buat, kenapa kita tidak boleh buat?
InsyaAllah, blog ini akan saya gunakan untuk ke jalan dakwah...
p/s: saya minta maaf kepada nama-nama yang digunakan di atas sekiranya ada perkara yang telah menyakitkan atau tersalah bicara.
0 comments:
Post a Comment