Showing posts with label Diari. Show all posts
Showing posts with label Diari. Show all posts

Wednesday, September 15, 2010

Bermulanya Jihad...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi kerana masih diberi peluang untuk menghirup oksigen kurniaan Allah.  Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita iaitu Rasulullah S.A.W, keluarga dan para sahabat baginda..

Minat saya untuk menulis blog semakin bertambah. Saya amat tertarik dan seronok apabila membaca blog-blog sahabat. Terlalu banyak ilmu yang saya boleh dapat. Sebelum ini, saya tak berminat langsung untuk membuat blog sendiri. Bagi saya, membuat blog ini membuang masa sahaja tapi pada hari ini segala-galanya telah berubah. Persepsi saya terhadap blog sudah berubah.

Mula terdetik untuk membuat blog awalnya pada bulan Mei 2010 selepas cuti semester iaitu selepas Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB) Kolej Matrikulasi Labuan 2010/2011 yang dibuat pada 9 hingga 16 Mei 2010. Malangya, kesibukan saya telah membuatkan saya terpaksa menangguhkan buat blog.

Dua minggu selepas MPPB, Kem Remaja Islam Kota Kinabalu (KRIS KK) bakal berlangsung. Saya diamanahkan sebagai timbalan setiausaha. Namun, segala-galanya telah berubah setelah membuat mesyuarat. Terlalu banyak masalah yang timbul sewaktu saya menjalankan tugas sebagai fasilitator MPPB di Labuan.

Gerak kerja KRIS sudah lama berjalan (sebelum MPPB lagi) tetapi perancangan berubah setelah dari MPPB. Kami menghadapi masalah untuk mendapatkan kelulusan tapak program. Walaubagaimanapun, masalah itu dapat diatasi oleh Kak Azie (timbalan pengarah). Kak Azie berusaha untuk mendapatkan kelulusan tapak di sekitar sekolah KK tetapi gagal. Akhirnya, kami membuat keputusan untuk membuat KRIS di Masjid UMS. Alhmdulillah, permohonan menggunakan tapak diluluskan dan KRIS ditangguh pada awal bulan JUN.

Setelah diluluskan, maka semua perlaksanaan mesti mengikuti peraturan-peraturan UMS. Surat pekeliling telah dikeluarkan, sebarang program yang melibatkan pelajar sekolah, pelajar sekolah dilarang menjadi ahli jawatankuasa. Pada masa itu, majlis tertinggi hanya ada seorang pelajar sekolah sahaja iaitu adik Zitah memegang sebagai setiausaha. Timbalan pengarah memilih adik Zitah sebagai setiausaha untuk memudahkan urusan kerja di SMK Bandaraya memandangkan adik Zitah juga pelajar SMK Bandaraya. Pada masa itu, tempat untuk KRIS di SMK Bandaraya. Segala urusan surat menyurat lebih mudah kalau ada pelajar dari sana dilantik. Malangnya, jawatan setiausaha itu ditukar kepada saya kerana sekurang-kurangnya majlis tertinggi mesti bergelar mahasiswa.

Sejak hari itu, tugas saya semakin bertambah. Banyak urusan yang perlu dibuat. Gerak kerjanya perlu bermula dari awal lagi. Pelbagai mehnah dan tribulasi dalam melaksanakan gerak kerja KRIS kali ini. Pengarah, saudara Fanshuri kebetulan pada tahun ini menjalani praktikal dan timbalan pengarah kak Azie pula sibuk dengan tesis. Pada masa yang sama kak Ema,bendahari juga menjalani praktikal. Tinggallah saya sebagai setiausaha dan Nurfarahin sebagai timbalan bendahari untuk teruskan gerak kerja kRIS.

Buat pertama kalinya kami berdua terpaksa teruskan dalam keadaan yang kelam kabut di mana pengarah dan timbalan pengarah masing-masing sibuk. Mereka tidaklah meninggalkan sepenuhnya dengan begitu sahaja, ada juga menolong yang patut. Tapi, sewaktu itu saya dan Nurfarahin dan seorang sahabat lagi mengalami tekanan. Terlalu banyak yang kami tidak tahu nak buat apa.

Walaupun banyak masalah ketika itu, Alhamdulillah program KRIS berjalan dengan jayanya. Seperti yang saya pernah dengar sebelum ini, KRIS KK antara program yang terbaik terutamanya slot muhasabah. Terima kasih buat sahabat-sahabat yang membantu.
Satu perkara yang saya amat tersentuh dalam program ini, seorang adik meluahkan perasaan dia tentang program ini. Dia kata, dia rasa tersentuh dan cuba berusaha untuk berubah selepas dari program ini. Ketika itu saya berdiri di belakang. Dia bagi respon sambil menangis. Saya pun hampir nak menangis dengan kata-kata adik itu. Dia kata inilah program terbaik yang dia pernah ikut, mampu menyedarkan dia. Itulah matlamat program ini. Kami tidak mahu program ini berjaya sekadar nak lihat berapa jumlah peserta yang hadir tetapi kesedaran itulah yang penting. Apa pun, adik-adik yang ikut program ini akan di follow up.

Selesai KRIS, saya terlibat lagi dengan program kolej kediaman. Pada masa yang sama juga saya terlibat dengan Program Pembangunan Modal Insan 2010 (PMI 10). Memang tidak beekesempatan untuk membuat blog ketika itu.

Saya bercadang nak membuat blog selepas berakhir PMI tetapi Festival Kesenian Islam (FKI) pula menanti. Saya diamanahkan sebagai timbalan setiausaha. Kali ini, saya berjaya membuat blog. Pelancaran blog dibuat ketika dalam perlaksanaan FKI. Ketika itu, ada masa lapang sikit dan timbul kesedaran dari diri sendiri untuk membuat blog. Dari situlah saya mula giat aktif dalam blog. Banyak manfaatnya.

Pada hari ini, saya rasa terlalu rendah diri terhadap adik-adik yang saya kenal melalui program PSS. Mereka ada blog dan penulisan mereka lebih hebat dan bermanfaat. Mereka menggunakan blog ini sebagai salah satu medium/wasilah/wadah untuk berdakwah. Memang itulah yang saya cuba lakukan tetapi adik-adik itu lebih ke hadapan. Saya rasa malu sangat. Kalau mereka boleh buat, kenapa kita tidak boleh buat?

InsyaAllah, blog ini akan saya gunakan untuk ke jalan dakwah...

p/s: saya minta maaf kepada nama-nama yang digunakan di atas sekiranya ada perkara yang telah menyakitkan atau tersalah bicara.

Tuesday, September 14, 2010

NUR part 1

Tahun 2002


“Nur, dapat berapa UPSR?”

 “Ermm Teha, tak lah bagus sangat result Nur ni. Nur dapat 1A 2B 1C 1D ja.”  “Teha dapat berapa? Mesti ok ni kan?”

 “Alhamdulillah Nur, Teha dapat 5A”

 “Baguslah tu. Nur dah agak keputusan Teha mesti cemerlang. Selepas ni nak sambung belajar kat mana?”

“InsyaAllah, bapa Teha nak hantar belajar kat Semenanjung.”

“Wah, bagusnya belajar kat Semenanjung. Syukurlah Teha, bapa Teha ambil berat tentang pelajaran Teha. Nur ni tak tau lagi nak sambung belajar kat mana. Ada kah sekolah yang mau sudi terima Nur?”

“Tak baik cakap macam tu Nur. Pasti ada sekolah yang sudi menerima Nur. Nur kena berusaha, doa dan tawakkal kepada Allah. Allah itu Maha Adil. Allah tidak akan mensia-siakan usaha hambanya. Jangan mudah putus asa. Innallah maana. Sesungguhnya Allah sentiasa bersamamu.”

“Terima kasih Teha. Nur cuba usahakan yang terbaik.”

Dua minggu selepas keputusan UPSR keluar...

Tempat: Ruang rehat bilik Pejabat Am

“Nur dah dapat tawaran sekolah menengah?”

“Dapat tapi bukan sekolah yang Nur inginkan, hampa...”

“Kenapa pula? Kan bagus dah dapat tawaran. Nur patut bersyukur. Ramai lagi yang memohon tapi tak dapat. Kesian dorang.”

“Nur bersyukur tapi sekolah yang Nur dapat tu tak bagus sangat. Ramai kawan-kawan kata sekolah tu tak bagus. Ramai pelajar yang nakal, samseng dan ROSAK!!!. Nur takut Nur turut terjebak sekali.”

“Astaghfirullah Nur, tak baik cakap macam tu. Semua tu terpulang dengan diri sendiri. Bukan semua sekolah yang Nur inginkan tu SERATUS PERATUS sempurna. Mana tau sekolah yang Nur dapat tu lebih baik dari sekolah yang Nur inginkan DAN bukan SERATUS PERATUS semua pelajar disekolah yang Nur dapat tu seperti yang Nur sangkakan. Pasti ada pelajar yang baik dan cemerlang dalam sekolah tu juga. Mustahil la tiada seorang pelajar pun yang cemerlang dalam akademik dan sahsiahnya. MUSTAHIL!!!

“...boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu yang diinginkan, padahal itu lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu...”  (Surah Al-Baqarah: 216)

“Yakinlah dengan ayat Allah ni Nur. Nur tak Nampak sekarang tapi kesannya pada masa akan datang. Percayalah.”

“Terima kasih Teha. Hati ini sedang memujuk tapi masih sukar untuk terimanya.”

“Beginilah Nur, Nur teruskan sahaja dulu kat sekolah tu. Kalau Nur tak pergi sekolah tu, Nur nak buat apa selepas ni? Bukankah Nur pernah cakap Nur ingin membantu keluarga Nur? Inilah peluangnya Nur. Buktikan Nur mampu tolong perbaiki kehidupan keluargan Nur.”

“Betul cakap Teha tu. Nur ada mohon sekolah agama juga tetapi ditolak. Nak tau apa alas an permohonan Nur ditolak?”

“Kenapa?”

“Semua salinan surat beranak, sijil-sijil dan sebagainya tidak disahkan benar. Nur terkejut sangat. Kata pihak sekolah tu, permohonan dah lengkap tapi satu ja masalahnya iaitu salinan tidak disahkan benar. Nur cuba pujuk dorang untuk mempertimbangkan semula tapi segala-galanya dah lewat. Masa tu Nur datang sehari sebelum tarikh tutup permohonan untuk memastikan permohonan lengkap atau tidak. Malangnya, pujuk rayu Nur tidak diterima. Salah Nur juga sebab tidak memastikan semua salinan tu disahkan benar. Nur ingatkan semua salinan tu dicop saja rupanya perlu disahkan benar juga. Inilah pengajaran pertama buat Nur. Semua urusan permohonan sekolah Nur uruskan sendiri. Tak boleh minta pertolongan ibu dan bapa sebab masing-masing sibuk mencari rezeki untuk kami. Dorang tiada masa untuk uruskan semua ni. Nur terpaksa belajar sendiri untuk menguruskannya.”

“kesiannya Nur. Kenapa kakak Nur tak tolong?”

“Kakak? Dia sibuk belajar. Dia minta Nur urus sendiri juga. Begitulah kehidupan Nur. Diajar untuk berdikari sendiri dari kecil lagi.”

“Taka apa la Nur. Kesilapan buat kita semakin matang. Selepas ni, Nur lebih akan berhati-hati terhadap semua tindakan yang dibuat. Kadang-kadang Allah sengaja biar kita buat silap. Napa? Selepas kita buat silap, kita akan sedaya upaya tidak akan mengulanginya lagi. Betul tak?”

“Betul tu, Nur setuju. Selepas ni Nur akan lebih berhati-hati.”

“InsyaAllah. Nur, setiap kali perbuatan yang kita nak lakukan pastikan Nur sertakan InsyaAllah ya.”

“Kenapa mesti buat begitu?”

“InsyaAllah tu maksudnya dengan izin Allah. Segala perbuatan itu berlaku dengan izin Allah.
Oh ya Nur, kita ni asyik bercerita tentang sekolah tapi Nur tak sebut pun nama sekolah yang Nur dapat, yang Nur tak inginkan dan sekolah agama yang Nur mohon tu. Bagitaulah nama-nama sekolah tu.”

“Terlupa pula.” Ketawa kecil.

“Nama sekolah yang Nur inginkan tu SMK Putatan. Nur nak sangat sekolah tu sebab sekolah tu dekat dengan rumah Nur. Boleh jalan kaki pergi sekolah. Tak payah nak keluarkan duit untuk naik bas. Tak juga menyusahkan ibu dan bapa untuk menghantar Nur ke sekolah. Nama sekolah yang Nur tak suka tu SMK Tansau. Sekolah tu jauh kat Kg. Contoh. Kena jalan kaki jauh ke sekolah tu. Kakak Nur sekolah sana juga. Sekolah agama yang Nur idamkan tu Sekolah Agama Toh Puan Kota Kinabalu. Sejak dari dulu lagi, Nur dengar dari kawan-kawan kakak sekolah tu bagus. Ada kawan kakak Nur tu, semua adik-beradik dia sekolah kat sana. Semuanya baik-baik. Ada yang dah sambung belajar kat Mesir lagi.”

“Ohh SMK Tansau rupanya. Teha ada dengar juga tentang sekolah tu. Bukan sekolah tu ada bangunan baru ka?”

“Bangunan baru tu kat Kg. Ketiau. Lupa pula nak bagitau, tahun depan sekolah tu akan berpindah ke bangunan baru tu. Kamilah orang pertama yang merasmikan dan menggunakan segala peralatan dan kemudahan kat sana.”

Hepi nampak.”

“Hepi tu hepi juga tapi masih ada kerisauan dalam hati ni. Macam mana la kehidupan Nur kat sana nanti. Nak pergi sekolah tu kena jalan kaki keluar untuk ambil bas. Tambang 50 sen sehala, sehari RM 1.00 terbang pergi dan balik. Tak termasuk perbelanjaan makanan lagi. Kan menyusahkan ibu bapa namanya tu? Kesian ibu bapa Nur nanti. Semakin meningkat perbelanjaan kami kalau nak sambung belajar ni. Adik lelaki Nur juga dapat sekolah yang sama. Tekanan Nur. Kakak dan adik lelaki dalam satu sekolah yang sama. Susah nak bergerak bebas sikit lagi-lagi kalau ada kakak kat sana. Mesti dikawal tu.”

“Untunglah Nur, dapat guna bangunan sekolah baru. Bersyukurlah sebab ada kakak Nur yang boleh tengok-tengok Nur nanti kat sana.”

“InsyaAllah.”

“Nur dah tengok sekolah tu. Memang cantik sekolah tu, macam Universiti. Penat nak berjalan.”

“Baguslah tu. Gunakan kemudahan sekolah dengan sebaiknya ya. Teha doakan agar Nur berjaya dalam akademik dan kehidupan di dunia dan akhirat.”

“Amiiin. Nur doakan yang sama buat Teha."


SMK TANSAU

BANGUNAN PENTADBIRAN




BANGUNAN AKADEMIK





BANGUNAN MAKMAL DAN TEMPAT LETAK KERETA GURU DAN PELAJAR



BANGUNAN FLAT GURU
Nantikan kisah Nur yang seterusnya pada post akan datang...

Monday, August 16, 2010

Diari Seorang Mujahidah



Perjuangan bermula kembali setelah sebulan lebih diberi kerehatan dan disekat dari bergerak atas sebab2 yang tertentu..hanya Allah saja tahu pengorbanan, mehnah & tribulasi dlm menuju destinasi yg ingin dicapai...wlupun kesihatan fizikal tak mengizinkan, Allah kurniakan nikmat yg lbh baik..SUBHANALLAH, agungnya  kuasa ALLAH..ramadhan yg mulanya disambut dgn musibah namun Allah menggantikannya dgn lbh meriah di tempat lain...Moga isitiqomah wlupun hanya segelintir sahaja yg faham apa yg dilalui..buat sahabat yg berjuang bersama-sama ke SANA(tempat dirahsiakan), ku doakan agar kita tak jemu untuk istiqomah untuk terus ke sana..keadaan kita tak sama dgn org lain sebab kita bakal dipenuhi ancaman2 yg kita sendiri tak jangka..apa pun, saling nasihat-menasihati agar hati ini kuat untuk meneruskannya..bukan semua yang blh melakukan krn masing2 ada komitmen yg lain..bersyukurlah kpd Allah kerana kita merupakan insan yg TERPILIH dari Allah!!!