Kedengaran lagu Kehidupan dendangan Inteam bersama Nazrey Raihan berkumandang, lantas ku segera mendapatkan telefon untuk membaca mesej yang diterima..
"Salam sahabat2, amir kita Fadhil sedang dirawat di hospital Temerloh Pahang kerana patah kaki kemalangan motor. Mohon sahabat2 untuk sama2 mendoakan kesihatan beliau."
Terkejut!!! Itulah reaksi saya. Saya membalas mesej sahabat, "innalillahi wa inna ilahi rajiuun...masyaAllah...moga Allah membantunya..."
Tanpa membuang masa, saya forwardkan mesed itu kepada semua sahabat2 yang mengenali Fadhil dan juga sahabat2 Al-Irfaan yang lain.
Ahmad Fadhil Mohamad atau dikenali sebagai Fadhil merupakan mantan Pengerusi Al-Irfaan sesi 2008/2009 Kolej Matrikulasi Labuan. Beliau antara orang yang saya kagumi kerana beliau mempunyai sifat kepimpinan yang mantap dan sahsiahnya yang baik ketika memegang tampuk pimpinan sahabat Al-Irfaan sesi kami.
Sesuai dengan lagu Kehidupan, iaitu ringtone mesej saya. Lagu ini banyak meninggalkan kenangan. Antara yang tidak boleh dilupakan sangat2, lagu ini dinyanyikan semasa Majlis Penutupan Minggu Penghayatan Islam yang dibawa oleh kumpulan nasyid Munawwar yang mana salah seorang ahlinya adalah pengerusi surau itu sendiri. Sejak dari hari itu, lagu itu menjadi tema bagi sesi kami. Dengar saja lagu ini pasti akan teringat kenangan2 sepanjang berada di Kolej Matrikulasi Labuan khusus Surau Al-Irfaan.
Surau Al-Irfaan itulah yang banyak meninggalkan kesan dalam hati. Terlalu banyak perkara yang tidak boleh dilupakan sehingga kini! Di situ lah tempat para sahabat ber"UKHUWAH", makan bersama-sama, belajar berkumpulan, bergerak kerja dan macam2 lagi.
Tidak ku sangka, Fadhil yang saya boleh katakan antara orang yang kuat agamanya dan alim ditimpa musibah.
Allah berfirman:
Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji? "Dan sungguh, Kami telah menguji orang2 sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang2 yang benar dan pasti mengetahui orang2 yang dusta."
(Surah Al-Ankabut : 2 - 3)
Tidak beriman seseorang itu jika tidak diuji.
Petikan lirik Kehidupan:
...ujian adalah tarbiyyah dari Allah
Apakah kita kan sama ataupun sebaliknya...
Ingatlah, semua manusia ini sama saja di sisi Allah, yang membezakan hanyalah iman dan taqwa masing2.
Seorang sahabat saya pernah memberi tazkirah sebelum memulakan mesyuarat, dia kata...
"Allah menegur kita atau memberi peringatan dengan pelbagai cara. Contohnya, Allah boleh menegur melalui sahabat sendiri seperti sahabat menegur kesalahan yang kita lakukan tetapi hakikatnya kita sukar untuk menerimanya. Kalau dimuhasabah balik, sebenarnya itulah tanda peringatan dari Allah"
Seperti sahabat saya yang sedang ditimpa musibah ini, itulah ujian dariNYA. Mungkin ada sesuatu kesilapan atau telah melanggar perintahNYA diberi musibah. Seeloknya, marilah bersama-sama bermuhasabah. Anggaplah itu tanda kasih sayang dari ALLAH. Allah amat menyayangi hambanya.
Hidup di dunia ini perlu banyak bersyukur
Bersyukur kepada orang yang menyakiti kamu,
Kerana dialah orang yang menabahkan kamu,
Bersyukur kepada orang yang tidak endahkan kamu,
Kerana dialah yang mampu kamu berdikari,
Bersyukur kepada orang yang menjatuhkan kamu,
Kerana dialah yang memperhebatkan kamu,
Bersyukur kepada orang yang menyeksa kamu,
Kerana dialah yang menguji kesabaran kamu,
Bersyukurlah dengan segala ujian dari-NYA,
Kerana semua meningkatkan iman kamu
Amat beruntunglah bagi orang2 beriman yang diuji, semakin banyak masalah yang dihadapi dan ujian dariNYA semakin bertambah iman kepada Allah.
Allah tidak menciptakan sesuatu dengan sia2. Begitulah juga dengan ujian yang diberikan, pasti ada hikmahnya. Sentiasa berbaik sangka dengan Allah.
Semoga Allah membantumu dalam menempuh musibah ini. Ingatlah Allah selalu, nescaya Allah akan mengingatimu.
Innallaha maana
(sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita)
(Surah At-Taubah : 41)
Kepada sahabat2 Al-Irfaan, semoga ukhuwah yang terbina berkekalan. Jagalah ia sebaiknya!
"SETAHUN BERSAMA SEHAYAT TERASA"
2 comments:
Salam'alayk.
Sykrn Info brguna...
Moga shbt kt dkurniakan ksembuhn scepat mgkn.. Amin
Salam,
Bagus tulisannya....
Post a Comment