Tuesday, August 24, 2010

Universiti Ramadhan

Kenapa digelar universiti Ramadhan? 

Kerana bulan ini merupakan bulan tarbiyyah, bulan pendidikan di mana jiwa-jiwa kita ditarbiyyah dengan undang-undang Ramadhan dan hati-hati kita dimotivasikan kelebihan-kelebihan atau fadhilat-fadhilat Ramadhan.


Bukan mudah nak masuk universiti, tapi kita pada hari ini Alhamdulillah syukur, dipilh oleh Allah untuk sama-sama masuk universiti Ramadhan.

Pendaftarannya cukup senang, tak payah bayar yuran Cuma niat saja sama ada niat setiap hari atau niat sebulan terus.

Baiklah, seperti yang kita sedia maklum bulan ramadhan ini terlalu banyak nama panggilannya antaranya ialah bulan ibadah, bulan mujahadah, bulan rahmah dan disebut juga bulan maghfirah. Dan macam-macam lagi sebutan yang baik. Jangan yang tak baik sudahlah. “Wui nak mai dah bulan bala, nak makan minum pun susah”.

Jadi namanya bulan ibadah, bulan mujahadah, bulan rahmah, bulan maghfirah.

Kenapa dinamakan bulan ibadah?

Kerana pada bulan ini manusia berlumba-lumba untuk menambah amal-amalan mereka. Kalau sebelum bulan Ramadhan dia malas nak beramal ibadah, tapi apabila sampai saja bulan Ramadhan, biasanya amalan seseorang akan bertambah walaupun sedikit. Betul tak?
Jadi pada bulan ini manusia berlumba-lumba untuk menambah amal-amalan mereka. Ataupun dari segi hakikatnya untuk menambah ‘pengabdian’ kepada Allah SWT. Perkataan ibadah berkait rapat dengan perkatan abdi, berkait juga dengan perkataan abdullah. Beribadah ni maksudnya berabdi kepada Allah. Macam mana cara berabdi kepada Allah? Buat apa yang Dia suruh dan jangan buat apa yang Dia larang. Selain itu, kita tambah dengan buat apa yang Dia suka, iaitu amalan-amalan sunat.
Begitulah cara-cara berabdi kepada Allah.

Kenapa dinamakan bulan mujahadah?

Sebab pada bulan ini kita berperang melawan nafsu. Sesiapa yang berlawan sungguh-sungguh dengan nafsunya, dia dikira mujahid. Kalau setakat lawan sikit-sikit ni, taklah dinamakan mujahid, tidaklah dinamakan mujahadah. Kena bersungguh-sungguh, baru dia dikira sebagai mujahid, barulah usahanya itu dinamakan mujahadah.
Perkataan mujahadah ini adik-beradik dengan jihad, iaitu satu usaha yang bersungguh-sungguh. Secara khususnya dinisbahkan kepada berperang melawan musuh-musuh Islam tetapi secara umumnya dinisbahkan kepada satu usaha yang bersungguh-sungguh. Mujahadah juga berkait-rapat dengan mujahidin.

Kenapa dinamakan bulan rahmah?

Sebab pada bulan ini rahmat Allah melimpah-ruah.

Kenapa dinamakan bulan maghfirah?

Perkataan maghfirah ini berkaita-rapat dengan perkataan istighfar. Yang kita sebut lepas solat “Astaghfirullahal ‘azim” tu istighfarlah. Istighfar maksudnya minta ampun. Maghfirah maksudnya ‘keampunan’. Jadi bulan Ramadhan ini adalah bulan keampunan. Pintu taubat, pintu keampunan terbuka seluas-luasnya.
Terpulanglah kepada kita sama ada hendak menggunakan kelebihan-kelebihan yang ada sepanjang bulan ini ataupun tidak. Siapa tak mahu rugilah, pada bulan-bulan lain tak ada macam ni.
Wallahualam...

Saturday, August 21, 2010

Hadis Pilihan...



"Tidak beriman seseorang tanpa amanah, tidak sempurna iman seseorang jika tidak sempurnakan amanah"
(Hadis riwayat Tarmizi & Ahmad)

Setiap amanah yang diberikan akan dipertanggungjawab di akhirat kelak. Memegang 3 amanah dalam 1 pada masa yang sama bukanlah mudah tetapi cuba berusaha yang terbaik. Allah tidak melihat hasilnya tetapi Allah menilai usaha yang dilakukan..

 Dalam Al-Quran Allah berfirman:
 "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"

Yakinlah bahawa setiap kejadian di dunia ini telah ditetapkan oleh Allah..Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia. Pasti ada hikmahnya. 

Laksanakan amanah yang diberikan sebaik mungkin kerana Allah berfirman bahawa
 "Kamu adalah UMAT TERBAIK yang dilahirkan untuk manusia, kerana kamu menyuruh yang makruf dan mencegah mungkar dan beriman kepada Allah"
(Surah Al-Imran: 110)

Monday, August 16, 2010

Diari Seorang Mujahidah



Perjuangan bermula kembali setelah sebulan lebih diberi kerehatan dan disekat dari bergerak atas sebab2 yang tertentu..hanya Allah saja tahu pengorbanan, mehnah & tribulasi dlm menuju destinasi yg ingin dicapai...wlupun kesihatan fizikal tak mengizinkan, Allah kurniakan nikmat yg lbh baik..SUBHANALLAH, agungnya  kuasa ALLAH..ramadhan yg mulanya disambut dgn musibah namun Allah menggantikannya dgn lbh meriah di tempat lain...Moga isitiqomah wlupun hanya segelintir sahaja yg faham apa yg dilalui..buat sahabat yg berjuang bersama-sama ke SANA(tempat dirahsiakan), ku doakan agar kita tak jemu untuk istiqomah untuk terus ke sana..keadaan kita tak sama dgn org lain sebab kita bakal dipenuhi ancaman2 yg kita sendiri tak jangka..apa pun, saling nasihat-menasihati agar hati ini kuat untuk meneruskannya..bukan semua yang blh melakukan krn masing2 ada komitmen yg lain..bersyukurlah kpd Allah kerana kita merupakan insan yg TERPILIH dari Allah!!!

Friday, August 13, 2010

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Utusan Malaysia Online - Berita 

MasyaAllah...kenapa masih lagi ada bayi yang dibuang dalam bulan mulia ini?...bayi tu tak berdosa...ingatlah, dimuka pengadilan nanti akn dipersoalkan kenapa kmu membuang bayi tersebut???  Ramai yang inginkan anak tetapi tak dikurniakan tetapi ramai yang tak inginkan anak dikurniakan tetapi tidak dihargai...

Wednesday, August 11, 2010

KEMBALINYA RAMADHAN...


Alhamdulillah..ramadhan menjelma semula..kali ini, ramadhan ku sambut dengan ujian Allah..segala-galanya bermula dengan ujian..setiap ujian itu mengingatkan kembali kepada Allah..hakikatnya,manusia sering alpa dan lalai..dengan ujian itulah mengingatkan kembali kepada Allah bahawa hidup manusia ini perlu mengingati Allah setiap waktu..semakin diuji semakin dekat dengan kematian..itulah tanda-tanda peringatan dari Allah..semoga ramadhan kali ini dapat meningkatkan amal ibadah dan bertambah baik dari sebelumnya..

"Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah bersabda bahawa berapa ramai daripada kalangan orang yang berpuasa yang tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan berapa ramai orang beribadat malam yang tidak mendapat apa-apa daripada ibadatnya kecuali beribadat malam"