Monday, November 29, 2010

Syaqiq Al-Balkhy

Abu Ali - Syaqiq bin Ibrahim al Balkhy (wafat 139 H./810 salah seorang di antara tokoh tokoh besar Khurasan. Ia adalah guru dari Hatim al Asham.



Dikisahkan, tentang penyebab zuhudnya, bahawa ia adalah salah seorang dari anak kalangan orang-orang berada. Suatu ketika ia melakukan lawatan ke Turki untuk suatu kepentingan perniagaan. Dan kepergiannya itu merupakan yang pertama kali baginya. Suatu saat ia masuk ke pura patung. Penjaga pura itu, rambut dan janggutnya dicukur, pakaiannya dari jenis sutera arjuwaniyah.

Syaqiq berkata kepada si penjaga, “Bukankah anda mempunyai PenciptaYang Maha Hidup, Maha Tahu, dan Maha Kuasa, maka sembahlah Dia. Jangan menyembah patung patung yang tidak membahayakan atau memberi manfaat kepada diri anda!” Penjaga itu pun menjawab, “Bila Dia sebagaimana Anda ucapkan, tentu Dia dapat memberi rezeki kepada diri anda di negara anda sana. Mengapa anda bersusah payah datang kemari untuk berniaga?” Seketika Syaqiq pun menjadi sedar, dan sejak saat itu ia mengambil jalan zuhud.

Dikisahkan, di antara penyebab zuhudnya, bahawa la melihat seorang budak yang sedang bermain-main dengan penuh suka ria di musim kemarau dan kering. Orang-orang sangat prihatin kala itu. Syaqiq bertanya, “Apa yang membuatmu bersuka cita seperti itu? Bukankah engkau melihat kesengsaraan manusia di musim kemarau dan kering ini?” Budak itu menjawab, “Bagiku kesengsaraan itu tidak ada. Tuanku berada di suatu desa yang bersih, siapa saja masuk di sana dan apa pun yang kami inginkan dicukupi.” Sejenak Syaqiq sedar, dan berkata pada diri sendiri, “Kalau tuannya berada di suatu desa, dan ia tergolong makhluk yang fakir, sementara dirinya tidak peduli terhadap rezeki, lalu layakkah seorang Muslim mementingkan rezekinya, sedangkan Tuannya Maha Kaya?”
Hatim al Asham berkata, “Syaqiq al Balkhy tergolong kaya raya. Ia menghidupi para pemuda pada masanya. Sedangkan Gabenor Balkh kala itu adalah Ali bin Isa bin Mahan. Sang gabenor ini sangat menyayangi anjing pemburu miliknya. Suatu saat salah satu anjingnya hilang. Lantas anjing itu ditemukan berada di tempat seseorang laki-laki yang menjadi tetangga Syaqiq. Laki-laki itu pun dicari, namun ia lari dan bersembunyi di rumah Syaqiq. Lantas Syaqiq pergi ke rumah gubernur, dan berkata, ‘Tolong beri jalan. Soal anjing itu ada dirumahku, kukembalikan tiga hari lagi.’ Para pengawal gabenor menyilakan Syaqiq, dan setelah itu Syaqiq kembali pulang.
Pada hari ketiga, seorang sahabat Syaqiq yang sudah lama menghilang dari Balkh datang. Sahabat itu menemukan anjing yang lehernya berkalung di jalan, lantas anjing itu pun dibawanya. Lebih baik, anjing ini kuberikan saja kepada Syaqiq, sebab ia sibuk dengan kaum muda,’ kata si sahabat tersebut. Ketika Syaqiq melihatnya, ternyata anjing tersebut adalah anjing gabenor. Syaqiq amat girang, dan anjing itu tepat pada hari ketiga dibawa kepada gabenor, dan ia bebas dari beban. Allah swt. kemudian melimpahkan rezeki kesadaran, dan Syaqiq bertobat dari perilaku sebelumnya, kemudian menempuh jalan zuhud. “
Hatim al Asham menceritakan kisahnya ketika bersama Syaqiq, “Kami pernah bersama dengan Syaqiq dalam satu barisan tempur ketika memerangi orang-orang Turki. Saat itu tidak terlihat kecuali kepala-kepala manusia yang aneh, busur-busur panah yang patah dan pedang-pedang yang putus. Syaqiq berkata kepadaku, ‘Bagaimana dengan dirimu, hari ini, wahai Hatim? Apakah engkau melihatnya seperti kejadian semalam ketika engkau diusir oleh isterimu?’ Aku berkata, ‘Tidak, demi Allah!’ Syaqiq berkata, ‘Namun, bagiku, demi Allah, pada hari ini sama dengan dirimu pada malam itu.’ Kemudian Syaqiq tidur di antara dua rak, berbantalkan perisai, hingga terdengar gerit-geritnya.”
Di antara ucapan Syaqiq, “Bila Anda ingin mengenal seseorang, maka kenalilah; apakah ia memilih janji Allah swt. atau memilih janji manusia. Lebih condong ke mana orang tersebut, maka akan kelihatan peribadinya.”
Katanya pula, “Takwa seseorang diketahui atas tiga hal: Mengambil, mencegah dan berbicaranya.”

Apa Bahagian Tubuh Paling Bererti? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Apa Bahagian Tubuh Paling Bererti? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Tuesday, November 16, 2010

Wanita Dilema


Permata atau kaca

Lihatlah panoraoma dunia
Wanita bagaikan hilang rasa malunya
Maruah yang menjadi maharnya
Tergadai sia bagai tiada berharga
Dimanakah budinya
Dimanakah akhlaknya
Sungguh pilu dan sayu mengenangkannya
Santun tiada lagi
Nafsu memimpin hati
Kehormatan diri tidak dipeduli

Wanita
Kembali menginsafi
Kepada asal fitrah kejadianmu
Diciptakan untuk dihormati
Sentiasa diredhai Tuhan Pencipta
Kembali kepadaNya
Kembali kepada RasulNya
Pasti dihadirkan taufik dah hidayahNya

Wanita...
Kembalilah kearah kemuliaan
Contohi peribadi Ummul Mukminin
Rasulullah dijadikan suami
Tertawan kerna keluhuran pekerti
Bukan kerana harta
Bukan kerana nama
Tapi kerana budi yang disanjugi

Kembalilah...

Wanita perhiasan dunia
Bagai kilau diantara kaca
Sayangnya makin pudar cahaya
Hingga tiada lagi beza antaranya

Hijaz - Dilema

p/s : nota ini ditujukan khas kepada insan yang bergelar wanita. Sesuai dengan fenomena pada masa kini yang mana isu buang bayi semakin popular di dada-dada akhbar mahupun media masa yang lain. Semua itu berpunca dari tingkah laku wanita yang tidak ada kesedaran terutamanya pendidikan agama. Bukan nak salahkan wanita, ana juga seorang wanita. Ana sedih melihat wanita pada hari ini. Di mana akhlakmu wahai wanita? Jagalah mutiara mu kerana ianya sangat berharga. Oleh itu, perlunya ada program khusus untuk kaum hawa bermula dari zaman remaja lagi. Untuk masa yang terdekat, sasaran tertumpu pada sekolah rendah dan sekolah menengah. Perlunya tindakan yang segera sebelum mereka ini terdedah dengan cabaran yang kuat di luar sana nanti. InsyaAllah, Allah tidak lihat hasil tetapi usaha. Moga wanita pada masa kini berubah ke arah kebaikan. Amiiin!!!


SEBAIK-BAIK PERHIASAN DUNIA ADALAH WANITA SOLEHAH

Saturday, November 13, 2010

Mensyukuri Nikmat Allah


Perkongsian kuliah maghrib yang disampaikan oleh mantan pengerusi lajnah dakwah dan tarbiyyah Unit Pengurusan Surau

Wahai sahabat-sahabat, bersyukurlah kepada Allah kerana Allah masih memberikan kita peluang untuk berada dalam dunia pinjamanNYA..bersyukur juga kerana Allah telah kurniakan nikmat yang paling besar iaitu nikmat Islam dan Iman.

Sahabat-sahabat yang dirahmati oleh Allah sekalian,

Tahukah kita bahawa,
Sedih itu nikmat?
Gembira itu nikmat?
Sakit itu nikmat?
Ujian itu juga nikmat?
Musibah itu nikmat?

Sahabat-sahabat yang dikasihi oleh Allah sekalian,

Cuba bayangkan jika Allah tarik nikmat semua itu dari kita?
Sebagai contoh, Allah tarik nikmat kaki..Allah uji kita dengan kemalangan..patah kaki..
Adakah kita mampu menghadiri kuliah maghrib pada hari ini?

Wahai sahabat-sahabat, bersyukurlah kita kerana kita bukan orang sedemikian namun haruslah diingat bahawa semua ituadalah ujian..

Allah berfirman,

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji? "Dan sungguh, Kami telah menguji orang2 sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang2 yang benar dan pasti mengetahui orang2 yang dusta."  
 (Surah Al-Ankabut : 2 - 3)

Sahabat2 yang dikasihi sekalian,

Ana ada sebuah cerita, cerita benar dari seorang sahabat ana..sahabat ini tidak pernah rasa sakit dalam hidupnya..dipukul macam mana pun dia tidak akan rasa sakit..selalu ana cubit dia tapi dia tidak pernah rasa sakit sedikit pun..suatu hari, sahabat ana ini mengalami kemalangan jalan raya..ana rasa terkejut dan bergegas ke hospital..ana mencari-cari di mana bilik dia ditempatkan..setelah tengok dia, ana rasa sedih dan simpati dengan keadaan yang dialami..perlahan-lahan ana mendekati dia, lalu dia mengeluarkan beberapa ayat dari mulutnya..

"Ya Allah, nikmatnya rasa sakit ini!!! Baru ku tahu betapa nikmatnya sakit ini!!! Aku bersyukur kepadamu YA ALLAH Engkau beri aku rasa nikmat sakit ini ya ALLAH!!!...selama ini aku tidak pernah merasa sakit ya Allah bila mana Kau uji aku! Ya Allah, Aku bersyukur kerana Engkau masih menyayangi ku!! Jika Engkau tidak uji aku dengan kemalangan yang Engkau berikan ini, nescaya Aku tidak akan merasa nikmat sakit itu sampai bila-bila!!!

MASYAALLAH!!!

Itulah pertama kali ana lihat dia merasa nikmat sakit itu..terharu dan bersyukur kerana Allah masih menyayangi sahabat ana..tidak putus-putus dia mengucapkan Alhamdulillah..selama ini dia mendoakan agar dia dapat merasai nikmat sakit..akhirnya, Allah makbulkan doanya..

Sahabat2 sekalian,

Sedangkan orang yang dalam kemalangan pun bersyukur tanpa henti, apa kan lagi kita manusia yang dilimpahkan nikmat yang melimpah ruah ini? Susah sangatkah untuk kita bersyukur?!!

Bagaimana kita melahirkan cara bersyukur yang sangat mendalam kepada Allah?

Setiap kali kita menikmati nikmat yang dikurniakan oleh Allah, cuba rasakan bahawa nikmat itu bukan ada pada diri kita..

Sebagai contoh,
Jika hari ini kita boleh memakai baju melayu, baju kurung dan semua jenis pakaian..bayangkan pula bagaimana dengan saudara kita yang tidak ada baju-baju sedemikian?

Bagaimana pula dengan peluang yang kita dapat hari ini? Belajar dalam Universiti..bagaimana dengan saudara kita yang tidak ada peluang langsung untuk menuntut ilmu di Universiti?

Begitu juga apabila kita membeli makanan di Kafe..kita senang lenang membeli makanan yang begitu lazat tapi pernahkah kita terfikir bagaimana saudara kita yang tidak dapat makan langsung?

Oleh itu sahabat-sahabat, setiap apa tindakan atau perkara yang kita lakukan selalulah bersyukur kepada Allah setiap saat..

Ingatlah, nikmat yang Allah limpahkan hari ini boleh ditarik atau diambil pada bila-bila masa sahaja.

Allah berfirman,

"Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari nikmatKU, maka pasti AZABKU sangat berat."
(Surah Ibrahim : 7)

Nikmat itu hanya pinjaman dari Allah, maka hargainya dengan baik.

Wallahualam