Saturday, November 13, 2010

Mensyukuri Nikmat Allah


Perkongsian kuliah maghrib yang disampaikan oleh mantan pengerusi lajnah dakwah dan tarbiyyah Unit Pengurusan Surau

Wahai sahabat-sahabat, bersyukurlah kepada Allah kerana Allah masih memberikan kita peluang untuk berada dalam dunia pinjamanNYA..bersyukur juga kerana Allah telah kurniakan nikmat yang paling besar iaitu nikmat Islam dan Iman.

Sahabat-sahabat yang dirahmati oleh Allah sekalian,

Tahukah kita bahawa,
Sedih itu nikmat?
Gembira itu nikmat?
Sakit itu nikmat?
Ujian itu juga nikmat?
Musibah itu nikmat?

Sahabat-sahabat yang dikasihi oleh Allah sekalian,

Cuba bayangkan jika Allah tarik nikmat semua itu dari kita?
Sebagai contoh, Allah tarik nikmat kaki..Allah uji kita dengan kemalangan..patah kaki..
Adakah kita mampu menghadiri kuliah maghrib pada hari ini?

Wahai sahabat-sahabat, bersyukurlah kita kerana kita bukan orang sedemikian namun haruslah diingat bahawa semua ituadalah ujian..

Allah berfirman,

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji? "Dan sungguh, Kami telah menguji orang2 sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang2 yang benar dan pasti mengetahui orang2 yang dusta."  
 (Surah Al-Ankabut : 2 - 3)

Sahabat2 yang dikasihi sekalian,

Ana ada sebuah cerita, cerita benar dari seorang sahabat ana..sahabat ini tidak pernah rasa sakit dalam hidupnya..dipukul macam mana pun dia tidak akan rasa sakit..selalu ana cubit dia tapi dia tidak pernah rasa sakit sedikit pun..suatu hari, sahabat ana ini mengalami kemalangan jalan raya..ana rasa terkejut dan bergegas ke hospital..ana mencari-cari di mana bilik dia ditempatkan..setelah tengok dia, ana rasa sedih dan simpati dengan keadaan yang dialami..perlahan-lahan ana mendekati dia, lalu dia mengeluarkan beberapa ayat dari mulutnya..

"Ya Allah, nikmatnya rasa sakit ini!!! Baru ku tahu betapa nikmatnya sakit ini!!! Aku bersyukur kepadamu YA ALLAH Engkau beri aku rasa nikmat sakit ini ya ALLAH!!!...selama ini aku tidak pernah merasa sakit ya Allah bila mana Kau uji aku! Ya Allah, Aku bersyukur kerana Engkau masih menyayangi ku!! Jika Engkau tidak uji aku dengan kemalangan yang Engkau berikan ini, nescaya Aku tidak akan merasa nikmat sakit itu sampai bila-bila!!!

MASYAALLAH!!!

Itulah pertama kali ana lihat dia merasa nikmat sakit itu..terharu dan bersyukur kerana Allah masih menyayangi sahabat ana..tidak putus-putus dia mengucapkan Alhamdulillah..selama ini dia mendoakan agar dia dapat merasai nikmat sakit..akhirnya, Allah makbulkan doanya..

Sahabat2 sekalian,

Sedangkan orang yang dalam kemalangan pun bersyukur tanpa henti, apa kan lagi kita manusia yang dilimpahkan nikmat yang melimpah ruah ini? Susah sangatkah untuk kita bersyukur?!!

Bagaimana kita melahirkan cara bersyukur yang sangat mendalam kepada Allah?

Setiap kali kita menikmati nikmat yang dikurniakan oleh Allah, cuba rasakan bahawa nikmat itu bukan ada pada diri kita..

Sebagai contoh,
Jika hari ini kita boleh memakai baju melayu, baju kurung dan semua jenis pakaian..bayangkan pula bagaimana dengan saudara kita yang tidak ada baju-baju sedemikian?

Bagaimana pula dengan peluang yang kita dapat hari ini? Belajar dalam Universiti..bagaimana dengan saudara kita yang tidak ada peluang langsung untuk menuntut ilmu di Universiti?

Begitu juga apabila kita membeli makanan di Kafe..kita senang lenang membeli makanan yang begitu lazat tapi pernahkah kita terfikir bagaimana saudara kita yang tidak dapat makan langsung?

Oleh itu sahabat-sahabat, setiap apa tindakan atau perkara yang kita lakukan selalulah bersyukur kepada Allah setiap saat..

Ingatlah, nikmat yang Allah limpahkan hari ini boleh ditarik atau diambil pada bila-bila masa sahaja.

Allah berfirman,

"Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari nikmatKU, maka pasti AZABKU sangat berat."
(Surah Ibrahim : 7)

Nikmat itu hanya pinjaman dari Allah, maka hargainya dengan baik.

Wallahualam

0 comments:

Post a Comment