Assalamualaikum...
Alhmadulillah, syukur kepada Allah kerana masih memberi peluang hidup kepada saya sehingga hari ini..
Hari ini sangat letih kerana terlalu banyak kerja yang dibuat..pada masa yang sama dimarah tak tentu pasal..apa yang saya mampu buat? Sabar...
Bila muhasabah balik, semua itu kembali kepada diri saya semula..ada sesuatu yang saya telah lakukan yang mengundang kemurkaan Allah...Astaghfirullah...
Pada hari ini juga saya perlu bersiap untuk pembentangan essei English..format diubah secara tiba mengakibatkan huru hara jadinya tetapi Alhamdulillah Allah membantu..segala urusan pembentangan tadi dimudahkan oleh Allah..benarlah janji Allah, perlu berusaha dan berdoa..yakin dapat lihat janjiNYA..
Berapa kali sudah Allah membantu tetapi hamba yang lagi hina ini tetap berterusan dosa..begitu murahnya Allah kepada hambaNYA..MasyaAllah..
Renung-renungkanlah semula dosa yang kita telah buat tapi Allah tidak pernah putus asa untuk melimpahkan rahmatNya kepada hambaNYA..
Sekian, setakat itu sahaja untuk hari ini..walau apa pun kita lakukan, ikhlas kepada Allah..hasilnya tidak ternilai dan bersyukur dan redha apa yang berlaku..setiap kejadian pasti ada hikmahnya...
Wallahualam...
1 comments:
salam ziarah..sabar itu sifat para Nabi dan kekasih Allah, bukan calang2 orang yg mampu bersabar bila menghadapi sesuatu yg tidak terduga yg mengatasi tahap kesabaran diri,moga ukhti dikurniakan Allah sifat sabar para kekasih-Nya..
tq sudi jgk blog ana yg tak seberapa..teruskan berkarya..moga segala kebaikan melalui penulisan nti jadi bekal untuk disana nnt..amin..the4thengineer
Post a Comment