Monday, May 30, 2011

Indahnya Aturan Allah

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah, hari ini terdetik di hati untuk menulis setelah lama meninggalkan blog ini tanpa mengemaskini maklumat-maklumat yang terkini..Hari ini sy hendak menceritakan seorang adik yang sy kenali di Surau Al-Irfaan..

Ya Allah, tidak ku sangka pertemuan yang Engkau telah aturkan membuatkan sy berasa amat bertanggungjawab untuk memberi kefahaman kepada adik itu. Adik itu, sama seperti sy yang mana ingin mengenali Islam lebih dekat. Jiwanya serupa dengan sy. Setiap hari sy memikirkan bagaimana keadaan adik itu bagaimana jiwanya meronta-ronta untuk mempelajari Islam dan memperkembangkan apa yang dipelajari kepada sahabat-sahabat lain.

Tetapi, dia dalam keadaan dilema. Mahu tidak mahu, dia harus memilih. Sy tidak tahu bagaimana untuk memahamkan kepada dia bahawa kita ini perlu memilih. Pilih jalan yang betul dan yakin dengan apa yang dipilih. Sy tidak memaksa dia, sy bagi dia memikirkan sendiri untuk membuat keputusan. Sy tahu, sy pun pernah mengalami perkara yang sama seperti adik ini. Sukarnya untuk membuat keputusan. 

Sy mendoakan adik itu mendapat apa yang diperlukan. Sy yakin, kamu boleh buat dan harapan sy agar kamu bersama-sama kami kerana sy tahu kamu sama seperti sy..hati dan jiwa kamu sama seperti sy..kadang-kadang kita terpaksa berkorban apa yang kita sayang kerana Allah sedang menguji kita..Jika benar kamu sayang Islam, buatlah keputusan dengan baik dik..insyaAllah, setiap keputusan yang dibuat pasti ada hikmahnya..yakinlah..teruskan perjuangan dik =)

0 comments:

Post a Comment