Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati
Usaha dengan doa itu
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuhi
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisimu ku berserah
Terimalah aku
Hamba mu Allah
Sekiranya takdir menguji
Cekalkan hasrat di hati
Semoga kesusahan bias
Mengajar erti terus azam
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuhi
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisimu ku berserah
Terimalah aku
Hamba mu Allah
Gerai Jualan di Tabung Haji
"Salam dik, awal bulan 6 ni kak buka gerai jualan di Tabung Haji. Blh bantu kak tlg jaga gerai? Setiap hujung minggu ja. Nati kak tlg temankan dan ajarkan sekali, jgn risau ya..Blh?.."Wa'alaikumussalam kak, maaf sgt2 kak..xdapat p..ibu masih di hospital"
Tadika Pasti
"Salam dik, Tadika Pasti perlukan tenaga pengajar untuk mengajar mengaji. Harinya dari Isnin hingga Jumaat, setiap malam. Tempat tinggal di Tadika Pasti. Sepanjang cuti adik selama 3 bulan ni ja, nak x?".."Wa'alaikumussalam kak, asif x dapat nak tlg. Jaga ibu dan malam susah sikit nak kuar dari rumah"
Jelajah Dakwah Sekitar Kota Kinabalu
"assalamualaikum pren, nak join Jelajah Dakwah x? 26 Jun hingga 10 Julai ni..klu berminat tlg respon ya..10 org peserta muslimat dari ums diperlukan"..saya respon, "Wa'alaikumussalam..syukran atas jemputan..malangnya sy x dapat p..insyaAllah, program akan datang sy cuba usahakan untuk libatkan diri..semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah"
Kem Remaja Cemerlang (KRC)
Dalam chat fb, seorang kakak telah menghantar chat.." p x KRC minggu ni? Pengarah minta akak jadi ajk makanan. Jom p, bantu akak sekali blh?"..saya membalasnya, "maaf kak, x dapat p"
"assalamualaikum..pren..kmu mo p KRC ka? hujung minggu ini kat Masjid UMS..jumaat hingga ahad.. =) "..mesej dari seorang sahabat seperjuangan...dan saya membalasnya kembali, "wa'alaikumussalam...x dapat p.."
Selepas program Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB) Kolej Matrikulasi Labuan dan KRIS KK, mesej-mesej di atas tadi lah yang sering memenuhi inbox untuk program seterusnya. Betapa sedihnya hati ini tidak dapat melibatkan dan membantu apa yang boleh.
Apabila mendengarkan lagu HambaMu, teringat kembali gerak kerja KRIS baru-baru ini. Dan pada masa yang sama, hati sangat sedih kerana tidak dapat megikuti sebarang program yang seterusnya. Sebelum cuti semester, banyak aktiviti yang telah saya aturkan agar terus istiqomah dalam dakwah khususnya tetapi segala-galanya tidak dapat dilaksanakan. Kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan.
Sebaik-baik perancangan itu datangnya dari Allah. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNYA. Ya Allah, betapa rindunya hati ini untuk bergerak kerja Islam.
Dan ingatlah bahawa semua ini hanya sementara. Saya yakin dan pasti akan bangkit semula. Bila ada peluang nanti, saya akan usahakan sebaik-baiknya untuk membantu dakwah Islam.
Kepada sahabat-sahabat seperjuangan, maaf kerana tidak dapat bersama-sama untuk berjuang. Harap dapat memahami keadaan dan situasi yang saya alami sekarang.
Teruskan berjuang! Doaku sentiasa mengiringi...
0 comments:
Post a Comment