Sunday, December 19, 2010

Selamat Tinggal Sahabat!

Bismillah...
Assalamu'alaikum...

18 Disember 2010...
7.00 pagi... 
Perginya lagi seorang sahabat baik...
Berhijrah ke semenanjung ikut keluarga...
Setelah 8 tahun tinggal di Sabah...
Kini, meninggalkan negeri di bawah bayu...

Bertemu di rumah guru matematik tambahan...
Semakin erat persahabatan di Kolej Matrikulasi Labuan (KML)...
Bergerak sama-sama dalam Sahabat Al-Irfaan...
Ukhuwah makin kukuh dalam setahun...

Mula berpisah selepas tamat pengajian di KML...
Meneruskan jihad ilmu di UKM kursus optometri...
Perpisahan terakhir pada 15 Disember 2010...
Menghabiskan masa dengan bersiar-siar sekitar KK...
Jam tangan dan cincin persahabatan sebagai kenangan bersama...

Tiada hadiah yang berharga disediakan...
Harapan agar ukhuwah kekal ke akhirat...
Bertemu dan berpisah kerana Allah...
Syukur kepada Allah ditemukan sahabat sepertimu...

Doaku sentiasa mengiringimu ke mana jua berada..
Moga ukhuwah yang terbina dalam redha illahi...

Selamat tinggal sahabat! 
Moga Allah ketemukan pada masa akan datang!


Doa Rabitah

Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya, kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini pada jalannya, penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah hati ini dengan limpahan keimanan dan keindahan tawakal kepadaMu, hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifahMu, jika Engkau mentakdirkan kematian maka matikanlah pemilik hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini.

Maafkan segala khilaf ana sepanjang perkenalan...

Saturday, December 18, 2010

Gotong Royong Tadika PASTI Al-Fathonah

Bismillah...
Assalamu'alaikum...

Gotong royong dibuat pada hari yang penuh rahmat, iaitu hari Jumaat (17 Disember 2010) jam 8 pagi. Tiba di tadika PASTI jam 8.30 pagi tetapi tidak ada seorang pun yang belum sampai. Kira-kira jam 9, ibu-ibu sampai di PASTI. Boleh difahami kalau ibu-ibu lewat datang kerana mereka sibuk menguruskan anak-anak.

Gotong royong pada hari itu tidaklah sebetul-betul gotong royong, kami hanya jahit langsir dan bersihkan kawasan dalam tadika. Sambil menjahit langsir sambil bercerita. Ibu-ibu yang bekerjaya menceritakan pengalaman sebelum dan selepas kahwin.

Sambil-sambil itu, sahabat ana turut datang ke tadika PASTI untuk berbekam setelah tahu khasiat berbekam. Alhamdulillah. Ketika sahabat ana dibekam, mulalah syarahan HPA kak Hasma. Setiap apa yang disampaikan, sedikit demi sedikit ana mula ingat dan hafal. Antara yang kak Hasma selalu perkatakan,

- Setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali mati
- Berbekam itu sunnah nabi, kenapa ditinggalkan?
- Setiap kejadian itu tidak sia-sia, misalnya tumbuh-tumbuhan semula jadi yang diciptakan oleh Allah. Setiap apa yang diciptakan itu ada gunanya.
- Dasar HPA yang kukuh yang mana setiap produk yang dikeluarkan diteliti dengan baik oleh ahli panel syariah. Kak Hasma menceritakan bagaimana HPA bermula. Ianya bermula dengan hanya RM500 (kalau salah perbetulkan). Sahabat-sahabat HPA pada masa itu mencadangkan agar meminjam wang dari bank. Pengasas HPA kata, dia tidak mahu pinjam wang dari bank sekiranya ada unsur riba. HPA mesti dilahirkan dengan asas Islam yang kukuh! MasyaAllah, begitu kukuh sekali dasarnya. Kak Hasma tambah lagi, bukankah akar sesuatu pokok itu tunjang kepada rakyat. Bila mana akarnya kuat, maka pokoknya pun turut kuat. Begitulah juga dengan HPA. Itulah yang diamalkan oleh HPA. Subhanallah.
- Kisah Umar Al-Khattab. Menceritakan bagaimana Umar Al-Khattab menggunakan Islam dalam pelbagai aspek seperti dalam pendidikan dan ekonomi. Kaitannya disini, Islam itu ada dalam HPA. Segala produk yang dihasilkan berlandaskan agama Islam, lebih ke arah perubatan jawi. 

Semua ini ana mula menghafal sedikit demi sedikit kerana sudah terbiasa dengar dari Kak Hasma. InsyaAllah, akan dilatih pada masa akan datang untuk membantu mempromosikan produk HPA. MasyaAllah, betapa nikmatnya mengenali HPA. Allah telah berikan alternif untuk membantu saudara Islam yang lain, kenapa kita tidak gerakkan? Kalau bukan kita siapa lagi? Paling penting sini, perbetulkan niat. InsyaAllah, Allah akan permudahkan segala urusan. Mulalah dari sekarang menggunakan produk Islam yang diasaskan sendiri oleh orang Islam. Ramai yang kata nak boikot barang yahudi, kenapa tidak hentikan saja? Sekarang sudah ada barang-barang buatan Islam. Kenapa masih mengamalkan minuman seperti nestle? Peringatan ini buat ana sendiri.

HPA..HPA..HPA..ana mula jatuh hati dengan HPA..betapa lambatnya ana mengenali HPA..

Kembali kepada gotong-royong..

"Pengalaman sebelum menjadi isteri dan pengalaman sebelum menjadi ibu berbeza dengan sesudahnya. REDHA kunci terkuat untuk membina kekuatan diri. Kalau jauh REDHA dari hati, macam-macam boleh jadi. Seorang wanita bukan sahaja sebagai isteri dan ibu tetapi juga anak kepada ibu mertuanya, kakak dan adik kepada ipar-iparnya dan cucu kepada datuk dan nenek suaminya"

Ketika menjahit dan berbekam, ibu-ibu menceritakan amalan sebelum dan selepas berumahtangga. MasyaAllah, satu perkongsian yang sangat HEBAT!!!

Terlalu banyak pengisian yang bermanfaat, petua dan tips untuk kami yang masih bergelar bujang. Ibu-ibu tidak segan berkongsi pengalaman. Alhamdulillah. InsyaAllah, akan diamalkan secara istiqomah. Syukran ibu-ibu. RESPECT TO THEM!!!

Gotong royong diisi dengan pengisian yang MANTAP! Tidak dirancang malah spontan disampaikan. Betapa kerdilnya diri ini! Terlalu banyak lagi yang belum dipelajari! MasyaAllah.

Jazakillah...

Thursday, December 16, 2010

Usaha, Doa & Tawakkal

GASTRIK & ULCER PUNCA DAN RAWATAN alternatif
Semakin hari kini semakin ramai orang yang menghidap penyakit gastrik.
Untuk mengetahui apa dia penyakit gastrik menurut pandangan doktor serta punca, sila rujuk laman berikuthttp://161.139.39.251/akhbar/health/1996/mm96a06.htm yang dijelaskan oleh DR. AMINUDDIN AHMAD. Berikut adalah antara petikannya::
TEKANAN (stress), rangsangan atau tindak balas bahan kimia daripada ubat, makanan dan jangkitan bakteria boleh menyebabkan pembengkakan di kawasan permukaan perut. Pembengkakan yang timbul akibat daripada tindak balas setempat ini menyebabkan seseorang itu mendapat gastritis atau lebih dikenali sebagai gastrik.
Perut adalah kawasan yang mengeluarkan rembesan asid yang kuat dan pepsin yang berfungsi untuk menghancur / menghazam bahan-bahan makanan. "Kadangkala asid dan pepsin ini yang sepatutnya bertindak / menghazam ke atas makanan seperti daging sebaliknya merosakkan permukaan perut dengan cara menghazamkan/mencerna permuakaan perut yang juga adalah daging. Apabila permukaan perut terhakis asid akan menembusi lapisan pertahanan perut dan mengakibatkan hakisan/kecederaan itu membesar dan akhirnya menjadi ulser," katanya.
Bagaimanapun, katanya pembengkakan permukaan perut boleh disebabkan oleh bahan kimia yang diambil dalam makanan dan kimia yang terjadi dalam tubuh manusia sendiri seperti asid regurgitasi atau hempedu .
Ubat steroid dan bukan steroid, sesetengah antibiotik dan ubat-ubat tradisional Melayu dan Cina juga boleh menyebabkan gastritis (pembengkakan perut) serta berkemungkinan terjadi gastrik.
Menurut dr Aminuddin lagi:
PUNCA GASTRIK
  • Merokok
  • Meminum minuman beralkohol
  • Jangkitan bakteria helicobacter pylori
  • Kegagalan organ tubuh seperti kegagalan buah pinggang, pernafasan, jangkitan septisemia dan pesakit tenat yang boleh mengakibatkan stress ulser.
  • Tabiat pemakanan yang tidak mengikut waktu.
  • Gaya hidup yang tertekan (stress)
  • Bahan-bahan kimia seperti ubat Non-Steroid Anti Inflammatory Drug (NSAIDs).
Setakat ini tiada bukti jelas yang mengaitkan beberapa jenis makanan sebagai penyebab terjadinya gastrik.
Namun, sesetengah makanan yang masam seperti cuka, dan beberapa jenis buah-buahan seperti nangka serta makanan pedas mungkin memburukkan lagi keadaan atau gejala gastrik yang dihidapi.
Tambah beliau lagi:
TANDA-TANDA GASTRIK
Antara tanda-tanda yang dihidapi oleh seseorang yang menghidapi gastrik ialah:
  • Terdapat pesakit yang mengalami gastritis atau hakisan perut tanpa gejala klinikal
  • Sesetengah pesakit merasakan gejal-gejala kesakitan semasa lapar dan mereka terpaksa mengambil makanan yang lebih kerap untuk mengurangkan rasa sakit tersebut
  • Pendarahan gastrousus boleh berlaku pada pesakit yang menderita masalah yang lama, malah 25 hingga 30 peratus penyebabnya ialah kerana hakisan (gastritis erosif).
Pada laman web berikut juga boleh diperolehi maklumat berkaitan penyakit gastrik::http://www.prn2.usm.my/mainsite/bulletin/kosmik/2000/kosmik5.html
Dari bahan-bahan penulisan ini bolehlah saya rumuskan penyakit gastrik atau juga dikenali sebagai gastritis sebagai:

Penyakit Gastrik / Gastritis ringan
Inflamasi (pembengkakan) pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.

Penyakit Gastrik / Gastritis berat
Berlaku kecederaan (luka) berpanjangan bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.


Penyakit Ulser gastrik (peptic ulcer)
Merujuk kepada ulser perut. (Ulser memberi maksud sejenis luka terbuka). Darah boleh dikesan dalam muntah atau najis. Ulser gastrik adalah abang kepada Penyakit gastrik berat.
Berikut adalah pandangan berkaitan penyakit gastrik yang diturunkan oleh arwah guru saya:
Punca Penyakit Gastrik:
Punca penyakit gastrik adalah amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan makan malam) yang tidak mengikut waktu yang tetap. Sebagai contoh kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00, kadang-kadang pukul 12.00, kadang-kadang pukul 1.00, kadang-kadang pukul 2.00 dan kadang-kadang bila tersangat sibuk sampai pukul 4.00 petang belum makan tengah hari. Apabila amalan ini diteruskan untuk tempuh kira-kira 5 tahun, insyaAllah Allah akan memberikan penyakit gastrik. Setelah penyakit gastrik dikesan, namun tabiat ini masih diteruskan, insyaAllah dalam tempuh 2 tahun lagi, orang ini akan mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu peptic ulcer atau ulser perut.
Tempuh matang untuk penyakit gastrik ini akan dipercepatkan lagi sekiranya seseorang itu merokok, suka makan nenas, makan mee segera, jeruk kering dan basah, junk food, minum minuman bergas, makan makanan berangin seperti pisang nangka, ubi dan cempedak / nangka; makan makanan terlalu pedas, makan hingga tersangat kenyang, makan ubat doktor atau tradisional tertentu dan makan makanan yang bercuka.
Tanda-tanda penyakit gastrik:
  1. Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi.
  2. Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala.
  3. Demam yang saya panggil demam gastrik apabila selalu miss makan pagi, tengahari atau malam.
  4. Muntah kadang-kadang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal.
  5. Sakit perut yang kadang kala teramat sakit.
  6. Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut.
Rawatan penyakit gastrik:
  1. Pastikan mulai sekarang, waktu makan adalah mengikut disiplin waktu yang ketat contoh setiap hari makan tengahari pukul 1.00 tgh plus minus 15 minit.
  2. Pastikan bila makan nasi (tenghari dan malam) selepasnya minum air suam bukan air manis atau air batu. Pastikan juga minum hanya sesudah makan bukan berulamkan minum!!
  3. Elakkan makanan junk food, jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah dan juga mee segera.
  4. Elakkan nescafe, kopi, teh, minuman bergas, sunquick dalam botol, orange squash, air limau
  5. Jikalau peringkat gastrik berat, elakkan segala makanan mengandungi yeast seperti roti, donat, pau, piza dll
  6. Elakkan makan terlalu kenyang
  7. Elakkan cuka, makanan yang pedas
  8. Elakkan atau kurangkan daging dan ayam.
  9. Elakkan makanan ubi, pulut, keledek, kentang, pisang nangka, pisang tanduk, cempedak / nangka, rebung, dan makanan lain yang menyebabkan kembung perut atau banyak angin dan sendawa.
  10. Elakkan sama sekali dari mengambil sebarang ubat dari doktor dan klinik bagi rawatan gastrik seperti milk of magnesia dsb kerana ia akan merumitkan lagi gastrik.
  11. Minum susu segar atau susu tepung full cream (bukan HL atau low fat atau annelene) pada awal pagi (6.30 pagi), 10.00 pagi, 4.00 ptg dan 9.30 malam setiap hari sehingga benar-benar sembuh.
  12. Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam.
Mengenang semula penyakit gastrik ini, saya terkenang sejarah permulaan saya berjumpa dengan arwah guru saya kira-kira pada tahun 1985. Pada waktu ini ayah saya yang sudah berusia lewat 50an sedang sakit teruk iaitu ulser perut. Ulser lebih teruk berbanding gastrik. Ayah saya tinggal di Labis, Johor sedangkan saya pula tinggal di Kuala Lumpur. Hendak menjenguk selalu jauh. Alhamdulillah seorang kakak ipar bekerja sebagai staf nurse di Kluang. Beliaulah yang banyak menguruskan ayah saya ini masuk keluar hospital di Segamat (kira-kira 20 batu dari Labis).
Masalah Ulser perut ayah saya tidak selesai walaupun sudah banyak kali berjumpa doktor dan banyak kali keluar masuk wad di hospital, macam orang muda kata, pi mai pi mai dok tang tu juga. Kakak ipar saya pula selalu memberikan nasihat yang berkaitan.
Dengan izin Allah SWT, pada tahun 1985, saya membawa ayah saya untuk berubat dengan arwah guru saya di Cheras Kuala Lumpur. Itulah pertemuan pertama secara resmi antara saya dengan arwah guru saya.
Selepas banyak bersoal jawab antara arwah guru dan ayah saya, akhirnya arwah menjelaskan nama penyakit tersebut (ulser), punca penyakit dan bagaimana merawatnya. Saya terpaksa mengulang ke rumah arwah tersebut untuk mengambil (membayar) ubatnya beberapa hari kemudian.
Selepas mengamalkan pantang larang dan memakan ubat selama dua bulan sahaja, alhamdulillah penyakit ulser perut ayah saya pulih sehinggalah sekarang.
Selepas hampir sepuluh tahun kemudian, saya pula mengalami penyakit gastrik kerana tidak menjaga waktu makan disebabkan kesibukan kerja yang terlalu teruk, pukul 8.00 pagi hingga lewat malam 5 hari seminggu. Ilmu ini jugalah yang digunakan untuk saya merawat penyakit gastrik yang saya alami. Alhamdulillah sudah sembuh mudah-mudah tidak lagi berulang.

Petikan dari blog : http://emjayjb.multiply.com/

Syukran kepada sahabat ana yang memberikan info yang sangat-sangat berguna ini. Keadaan yang dialami penulis blog ini sama seperti yang dialami ibu ana. Cumanya, untuk rawatan susulan ana sudah tidak benarkan ibu makan ubat dari hospital. Letih ulang alik ke hospital, berbelanja ribuan ringgit semata-mata hendak melihat ibu sembuh tetapi hasilnya tetap sama..bukan bertambah baik tetapi semakin teruk. InsyaAllah, ana cuba doktrin keluarga dengan mengamalkan ubat-ubatan HPA. Paling penting pantauan setiap masa. Pada masa yang sama, sedang aturkan jadual pembahagian masa bersama keluarga. Mahabbah dari anak-anak juga perlu. Apa pun, berdoa kepada Allah yang lebih utama kerana Allah itu Maha Mendengar. Selagi ada masa ini, ana sedaya upaya bantu ibu dalam mengatasi masalah penyakit ini. Yakin bahawa, "setiap penyakit ada penawarnya kecuali mati"..Usaha setakat yang mampu, selebihnya tawakkal kepada Allah. 

InsyaAllah...

Monday, December 13, 2010

Sahabat Bertandang ke Rumah!

Bismillah...
Assalamu'alaikum...

Rasulullah S.A.W bersabda:

"Seorang Muslim mempunyai lima kewajipan atas Muslim yang lain, iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazahnya ke kuburan, memenuhi undangan dan jika bersin mengucapkan Alhamdulillah"

Pada hari ini ana buat "home party" sebagai ahli HPA. Menjadi ahli HPA bukan semata-mata kerana keuntungan atau pun sebagainya tetapi ada tuntutan dakwah Islam yang perlu dilaksanakan. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.

Tiga seorang sahabat ana sanggup datang ke rumah untuk memberikan sedikit tentang perubatan jawi dalam HPA yang mempunyai kaitan dengan perubatan Islam. Walaupun sedikit yang hadir, namun keberkesanan maklumat dan objektif yang disampaikan dapat dicapai. 

Antara pengisian yang ana tertarik yang disampaikan oleh saudara Kamal, "Setiap penyakit ada penawarnya kecuali mati". Amat sesuai pengisian ini buat keadaan keluarga ana. Selama ini, ibu dan ana bergantung sangat dengan ubat-ubatan yang diberikan oleh hospital dan doktor.  Pada kali ini, ana ingin membawa keluarga ana mencuba perawatan Islam menggunakan HPA. Antara yang paling disukai adalah berbekam. Berbekam itu sunnah nabi, kenapa tidak kita amalkan? Selain berbekam, sahabat ana turut menjelaskan khasiat mengambil herba berbanding ubat-ubatan yang mengandungi kimia. InsyaAllah, semoga kesihatan ibu dan ayah ana sedikit ada perubahan, tidak perlu berbelanja beratusan ribu ringgit semata-mata hendak menjalankan operasi pembedahan. MasyaAllah, Allah beri jalan yang mudah dengan mengamalkan perubatan Islam tetapi ana tidak sedar semua itu berada di depan mata ana. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Semoga dengan kaedah ini sedikit membantu buat ibu bapa ana.

Pada hari ini juga ana dikunjungi oleh makcik & pakcik saudara ana. Semuanya tidak dirancang. Mereka datang melawat ibu yang sarat menghadapi kanser_____.

Pada sebelah petangnya, seramai 8 orang sahabat ana pula bertandang ke rumah untuk melawat ibu. Sungguh terharu. Syukran atas kunjungan kerana sudi datang ke rumah ana yang tak seberapa mewah. Itulah kediaman ana sejak dari kecil lagi.

Ana bersyukur mendapat sahabat-sahabat seperti ini. Mereka datang dengan tujuan yang baik. "menziarahi orang sakit merupakan salah 1 kewajipan seorang muslim". Sebagai seorang muslim, kita wajib menziarahi orang sakit jika tiada halangan.

Tiada hadiah yang berharga disediakan buat sahabat-sahabat, tapi yakinlah hanya Allah saja yang mampu membalas kebaikan semuanya.

Ana minta maaf kepada semua sahabat-sahabat yang hadir ke rumah ana hari ini sekiranya ana pernah melakukan kesilapan atau pun pernah sakitkan hati kamu semua. Semoga Allah meredhai kehidupan kamu semua.

Ada masa, jemput datang ke rumah lagi...

Jazakallah khairan kathira...

Sunday, December 12, 2010

Berkat dalam Kehidupan

Bismillah...
Assalamu'alaikum...


Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS, 

Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, 
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, 
KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat,
sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, 
orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, 
orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, 
orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat,
 tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.

Yang lelaki, 
budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan,
Pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat... (apa dapat...)
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat. 

Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat,
 maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat,
 jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA 
MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.

Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sendiri mau ingat.

Umur mu banyak mana , berapa banyak kamu 
buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah kamu buat...?
Harta benda anda, dari mana anda dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Sebagai sesama insan sama2lah ingat mengingati 
sesama insan!!!

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya 
segera meninggalkan 
maksiat dan memperbanyakkan ibadat.


Sajak oleh Ustad Haji Akil 
fazamania menulis "Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT"

Smart Al-Quran 2010

PROGRAM PERTAMA BERSAMA KAWASAN



Bismillah...
Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah, Smart Al-Quran telah melabuhkan tirainya..

Smart Al-Quran merupakan program pertama yang julung-julung kalinya diadakan di Putatan. Program ini dianjurkan oleh Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Al-Fathonah , Taman Pasir Putih, Putatan Sabah. Idea ini tercetus dari seorang ibu, Ustazah Siti Mariam (pengarah program) bagi mengisi masa lapang anak-anak yang sedang cuti sekolah sepanjang bulan Disember ini.

Seramai 12 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri dari kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun dan dibimbing oleh 3 fasilitator yang terpilih. Dua daripadanya merupakan graduan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), iaitu Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak dan seorang lagi masih menuntut di UMS (ana).

Program ini mulanya dirancang diadakan sebanyak 8 kali, 2 hari (rabu dan khamis) setiap minggu namun atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan, program ini hanya dijalankan sebanyak 4 kali sahaja. 


HARI PERTAMA 1 DISEMBER 2010


Pendaftaran
Perhimpunan pagi 
Senaman pagi 
Kak Mariam & Kak Yana serta anak 
Kak Mersum serta anak muridnya

Fatin Nadieyah khusyuk mendengar tunjuk ajar kak Mersum



Peserta senior, 11 tahun..adik-adiknya turut sama menyertai
Demo wudhu
Sedang menunggu giliran mengambil wudhu
Anak murid Kak Pija kebosanan 
Praktikal wudhu 
Najihah mengambil wudhu
Amirul merenung masa hadapan, adik ini pernah belajar di Uzbekistan selama 3 tahun..kembali di Malaysia sukar mahu membaca surah pendek kecuali surah Al-Fatihah..Alhamdulillah, selepas mengikuti program ini sedikit demi sedikit adik ini pandai membaca surah 3 kul
Aisyah, seorang yang serba tahu
Kak Pija sedang menerangkan cara-cara berwudhu
Fatin Nadieyah fokus 
Arif dengan gaya berwudhu
Ikut kak Pija membaca doa selepas wudhu
Barisan mujahidah solehah yang sedang menunggu untuk praktikal solat zohor
Fatin Nabielah. Aisyah dan Ainnur Hani

Mujahid setia..peratus tetap sama, bilangan peserta lelaki mesti kurang daripada wanita 
Farhan, pasif sikit tapi baik orangnya
Amirul Fariz
Arif, anak pengarah program
Comel, anak Kak Yana
Masih menunggu kawan-kawan lain
Praktikal solat serta bacaan
Calon suami soleh..
Calon isteri solehah, rajin susun selipar
Semangat mau menyapu, bagus..
Sempat lagi bergambar..
HARI KEDUA 2 DISEMBER 2010

Tasmid surah pendek
Masa makan...
Arif ambil wudhu


Adik Arif
Farhan azan solat zohor


HARI KETIGA 8 DISEMBER 2010





Yazid, anak kepada Kak Azizah (timbalan pengarah)
Juara "Wrestling", semua adik-adik digusti..nakal sikit..kuat terhantuk dan suka terjatuh sendiri...


Masa belajar


Hasil lukisan, kurang jelas..


Anak-anak murid ana..
Sesi tasmid
Makan bubur, ada yang tambah 2 kali!
Modul diteruskan, dikendalikan oleh Kak Azizah & Kak Yana
Didenda sebab belum menghafal doa qunut
Jalan itik sambil hafal doa qunut




Rehat jap, penat jalan itik..


Tasmid doa qunut tiga orang adik beradik, adik-adik ini tidak dapat datang ke majlis penutupan sebab ada kelas tuisyen  pada hari esoknya..



HARI KEEMPAT 9 DISEMBER 2010

Lebih kepada persembahan, kuiz merupakan modul terakhir. Kuiz ini menguji sejauh mana input yang adik-adik perolehi sepanjang program..Alhamdulillah, semuanya baik! Tidak ketinggalan, adik-adik mengambil kesempatan untuk bergambar sepuas-puasnya sebelum berpisah pada malamnya..

Sahabat sejati, comel!!!
Ukhuwah fillah
Belakang: Amirah, Anis
Tengah: Hana, Fatin Nadieyah, Fatin Nabielah (kembar tak seiras), Najihah, Ainnur Hani, Aisyah
Depan: Amirul, Arif, Farhan
Sesi gambar yang formal
Candite, semuanya comel-comel...
Hepinya Fatin Nadieyah bergambar..cantik gigi...
Terharu tengok Fatin Nadieya peluk Hana..mesra sungguh persahabatan dorang..
MAJLIS PENUTUPAN

Diadakan selepas solat isya'. Gambar-gambar diambil dari blog Ust Jumat, www.albelurani.blogspot.com. Tak sempat nak minta gambar dari ust.

Ucapan pengarah program


Ucapan bagi wakil mudir
Penyampaian sijil ajk


Persembahan adik-adik..time latihan tak kuat, time betul-betul persembahan bukan main semangat dan kuat betul suara adik-adik ini
Ibu-Ibu
Penyampaian sijil kepada peserta
Juadah jamuan, alhamdulillah banyak makanan yang disumbang dari ibubapa peserta...




Bakal peserta akan datang...
Penyampaian sijil peserta terbaik
Seronok Fatin Nabielah, COMEL




Berakhirlah sudah program Smart Al-Quran 2010. Respon dari ibu bapa peserta mengharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang, Alhamdulillah.. 

Pada hari majlis penutupan ini juga, ana dikejutkan dengan berita yang menyedihkan selepas solat isya'. Ibu kepada sahabat ana telah meninggal dunia. Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah. Begitulah aturan Allah, kematian itu pasti. Semoga sahabat ana tabah menghadapinya.

Semoga program yang tidak seberapa ini dapat memberi manfaat yang berguna buat peserta-peserta yang telah mengikutinya. InsyaAllah, program seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang.

Makluman: program yang seterusnya Islamic Summer Camp (ISC) 2010 pada 17 - 19 Disember 2010 anjuran Persatuan Siswazah Sabah (PSS) dan Kelab Remaja Ukhuwah (KRU). Moga Allah permudahkan urusan program. Semoga ISC kali ini berjalan lancar dan baik, InsyaAllah...