Assalamu'alaikum...
Terima kasih wahai Tuhanku
Yang sentiasa melimpahkan rahmatNYA
Membenarkan aku menghadapmu Tuhan
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
petikan lirik Terima Kasih Tuhan oleh Mawaddah...
Alhamdulillah, ana panjatkan kesyukuran kepada Allah...Allah masih beri peluang kepada ana untuk berada dalam dunia ini lagi..Masi diberi pelbagai nikmat yang ana sendiri tidak terkira nilainya..Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan keluarga baginda, para sahabat serta seluruh umat islam yang lagi dikurniakan nikmat kehidupan pada hari ini...
Bermulanya cuti semester membuatkan ana merancang pelbagai aktiviti untuk mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah...
Alhamdulillah, seminggu sebelum cuti semester ana diberi tawaran untuk menjadi tenaga pengajar Kelas Intensif Al-Quran sepanjang bulan Disember bermula 29 November hingga 30 Disember 2010...malangnya, ana terpaksa menolak tawaran tersebut atas sebab-sebab tertentu...walaupun berat untuk menolaknya, Allah menggantikan tawaran yang lebih baik lagi..MASHAALLAH..ana ditawarkan sekali lagi menjadi tenaga pengajar Kem Smart Al-Quran. Kali ini, ana tidak menolak kerana kem itu berdekatan dengan rumah ana sahaja. ana mengajar 2 kali dalam seminggu sepanjang bulan Disember ini...
Allah berfirman:
...boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui...
(Surah Al-Baqarah: 216)
Membuat keputusan amat sukar bagi ana..ana redha dan Allah gantikan yang lebih baik..ya Allah, Engkau Maha Pemurah..sesudah ana tolak yang satu Engkau berikan yang satu lagi..memang benar, redha itu lebih baik..
Namun begitu, bukan ini yang ana cuba sampaikan..
Ada sesuatu yang ana hendak sampaikan..ianya saling berkaitan sebab kenapa ana menolak tawaran yang pertama...
Mendengarkan dendangan lagu Menanti di Barzakh oleh Far East, menitis air mata tidak terhenti..
Segalanya bermula dengan tragedi 3 tahun lepas..sewaktu itu ana masih berada dalam tingkatan 5..pada tahun itu, pakcik saudara ana mengalami sakit perut yang tidak diketahui puncanya selama beberapa bulan..keluarga pakcik ana membuat keputusan untuk membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Queen Elizabeth..setelah beberapa minggu kemudian, pakcik ana disahkan mengalami ulcer usus..masyaAllah, luka pada ulcer pakcik ana semakin teruk..kata doktor, perlu dibuang luka tersebut dan membuat pembedahan..selepas pembedahan, pakcik ana meninggal dunia..innalillahi wa inna ilaihi rajiuun..
Kaitannya disini, ibu ana mengalami perkara yang sama dengan arwah pakcik ana..ibu mula sakit perut pada hari raya haji tahun pertama ana masuk universiti, iaitu pada tahun 2009..sakit perut ibu masih berterusan sehinggalah hari ini..melihat keadaan ibu yang begitu menderita menahan sakit perut, kami membuat keputusan untuk menghantar ke hospital yang sama dengan arwah pakcik ana dirawat..alhamdulillah, selama berada dalam hospital dalam 2 bulan, kesihatan ibu semakin baik..malangnya, kesihatan ibu datang kembali apabila ibu menolak untuk menerima pemeriksaan untuk mengetahui penyakit yang dialami..puas kami memujuk untuk ibu menerimanya namun akhirnya usaha kami sia-sia..ibu minta keluar hospital..Doktor terpaksa akur dan kami semua terpaksa mengikut arahan..kami balik dan kesihatan ibu kian menjadi-jadi..sakit perut ibu semakin teruk..melihat keadaan ibu, kami cuba pelbagai rawatan termasuklah rawatan tradisional..kami juga cuba mendapatkan rawatan di hospital berdekatan namun keputusannya tetap sama..sakit perut ibu belum jumpa penawarnya..
Tahun kedua ana di universiti, ana dimaklumkan ibu mengalami gastrik ulcer..masyaAllah..mendengar perkataan ulcer, ana sukar menerimanya..walaupun ana belajar ketika itu, ana setiap saat memikirkan bagaimana keadaan ibu di rumah..ana tidak dapat bercakap dengan ibu setiap kali ana telefon rumah kerana ibu tidak mampu bercakap dek kerana sedang berjuang menghadapi kesakitan yang dialami..ana tidak mampu buat apa-apa..ana hanya mampu berdoa agar kesakitan ibu semakin kurang kerana tahu hakikatnya ulcer tidak ada penawarnya..hanya menunggu masa!
Bila cuti semester pertama tahun kedua, ana membuat keputusan untuk berada di rumah sepanjang cuti..ana berjanji untuk menjaga ibu sebaik mungkin selagi ada masa..
Antara sebab kenapa ana menolak tawaran pertama di atas tadi adalah disebabkan kesihatan ibu yang tidak mengizinkan..tawaran kedua ana terima sebab kem tersebut berdekatan dengan rumah ana dan pada masa yang sama boleh membantu kewangan keluarga..
Ketika sedang cuti semester ini, ana dilema sangat..ana diselubungi lagi dengan program..ana tersepit antara dua..wajarkah ana pergi program atau mengutamakan kesihatan ibu dahulu?
Ana bukannya tidak mahu pergi program tetapi ana ada perasaan risau..ana takut ana tidak dapat jumpa ibu bila ana pergi program..ana takut ana tidak sempat berbakti kepada ibu..ana tidak mahu menjadi anak derhaka!..ana cair bila ibu sendiri minta "baliklah rumah, jaga ibu sepanjang cuti ini"..ya Allah, hanya Engkau sahaja tahu betapa sedihnya perasaan ini bila seorang ibu minta anaknya menjaganya...
Ana tersepit diantara dua..ana minta sangat buat sahabat-sahabat yang mengenali diri ini agar sentiasa bersangka baik..kali ini, ana tidak dapat terlibat sama dalam program..ana minta cuba memahami apa yang ana alami sekarang..tidak terlibat program kali ini tidak bermaksud ana berhenti selama-lamanya cuma ana minta sedikit masa untuk ana berbakti kepada ibu ana..bilamana ana berada di universiti, ana sedaya upaya buat yang terbaik dalam pelajaran dan juga program yang ana ikut..begitu juga apabila ana berada di rumah, ana sedaya upaya menjalankan tanggunggjawab sebagai seorang anak..
Ana minta maaf banyak-banyak sahabat..ana tidak dapat bersama untuk seketika waktu yang singkat ini..berilah ana peluang dan masa...
Cubalah memahami...
Ikhlas buat sahabat seperjuangan...
0 comments:
Post a Comment