PROGRAM PERTAMA BERSAMA KAWASAN
Bismillah...
Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah, Smart Al-Quran telah melabuhkan tirainya..
Smart Al-Quran merupakan program pertama yang julung-julung kalinya diadakan di Putatan. Program ini dianjurkan oleh Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Al-Fathonah , Taman Pasir Putih, Putatan Sabah. Idea ini tercetus dari seorang ibu, Ustazah Siti Mariam (pengarah program) bagi mengisi masa lapang anak-anak yang sedang cuti sekolah sepanjang bulan Disember ini.
Seramai 12 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri dari kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun dan dibimbing oleh 3 fasilitator yang terpilih. Dua daripadanya merupakan graduan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), iaitu Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak dan seorang lagi masih menuntut di UMS (ana).
Program ini mulanya dirancang diadakan sebanyak 8 kali, 2 hari (rabu dan khamis) setiap minggu namun atas sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan, program ini hanya dijalankan sebanyak 4 kali sahaja.
HARI PERTAMA 1 DISEMBER 2010
|
Pendaftaran |
|
Perhimpunan pagi |
|
Senaman pagi |
|
Kak Mariam & Kak Yana serta anak |
|
Kak Mersum serta anak muridnya |
|
Fatin Nadieyah khusyuk mendengar tunjuk ajar kak Mersum |
|
Peserta senior, 11 tahun..adik-adiknya turut sama menyertai |
|
Demo wudhu |
|
Sedang menunggu giliran mengambil wudhu |
|
Anak murid Kak Pija kebosanan |
|
Praktikal wudhu |
|
Najihah mengambil wudhu |
|
Amirul merenung masa hadapan, adik ini pernah belajar di Uzbekistan selama 3 tahun..kembali di Malaysia sukar mahu membaca surah pendek kecuali surah Al-Fatihah..Alhamdulillah, selepas mengikuti program ini sedikit demi sedikit adik ini pandai membaca surah 3 kul |
|
Aisyah, seorang yang serba tahu |
|
Kak Pija sedang menerangkan cara-cara berwudhu |
|
Fatin Nadieyah fokus |
|
Arif dengan gaya berwudhu |
|
Ikut kak Pija membaca doa selepas wudhu |
|
Barisan mujahidah solehah yang sedang menunggu untuk praktikal solat zohor |
|
Fatin Nabielah. Aisyah dan Ainnur Hani |
|
Mujahid setia..peratus tetap sama, bilangan peserta lelaki mesti kurang daripada wanita |
|
Farhan, pasif sikit tapi baik orangnya |
|
Amirul Fariz |
|
Arif, anak pengarah program |
|
Comel, anak Kak Yana |
|
Masih menunggu kawan-kawan lain |
|
Praktikal solat serta bacaan |
|
Calon suami soleh.. |
|
Calon isteri solehah, rajin susun selipar |
|
Semangat mau menyapu, bagus.. |
|
Sempat lagi bergambar.. |
HARI KEDUA 2 DISEMBER 2010
|
Tasmid surah pendek |
|
Masa makan... |
|
Arif ambil wudhu |
|
Adik Arif |
|
Farhan azan solat zohor |
HARI KETIGA 8 DISEMBER 2010
|
Yazid, anak kepada Kak Azizah (timbalan pengarah) |
|
Juara "Wrestling", semua adik-adik digusti..nakal sikit..kuat terhantuk dan suka terjatuh sendiri... |
|
Masa belajar |
|
Hasil lukisan, kurang jelas.. |
|
Anak-anak murid ana.. |
|
Sesi tasmid |
|
Makan bubur, ada yang tambah 2 kali! |
|
Modul diteruskan, dikendalikan oleh Kak Azizah & Kak Yana |
|
Didenda sebab belum menghafal doa qunut |
|
Jalan itik sambil hafal doa qunut |
|
Rehat jap, penat jalan itik.. |
|
Tasmid doa qunut tiga orang adik beradik, adik-adik ini tidak dapat datang ke majlis penutupan sebab ada kelas tuisyen pada hari esoknya..
HARI KEEMPAT 9 DISEMBER 2010
Lebih kepada persembahan, kuiz merupakan modul terakhir. Kuiz ini menguji sejauh mana input yang adik-adik perolehi sepanjang program..Alhamdulillah, semuanya baik! Tidak ketinggalan, adik-adik mengambil kesempatan untuk bergambar sepuas-puasnya sebelum berpisah pada malamnya..
|
|
Sahabat sejati, comel!!! |
|
Ukhuwah fillah |
|
Belakang: Amirah, Anis
Tengah: Hana, Fatin Nadieyah, Fatin Nabielah (kembar tak seiras), Najihah, Ainnur Hani, Aisyah
Depan: Amirul, Arif, Farhan
Sesi gambar yang formal |
|
Candite, semuanya comel-comel... |
|
Hepinya Fatin Nadieyah bergambar..cantik gigi... |
|
Terharu tengok Fatin Nadieya peluk Hana..mesra sungguh persahabatan dorang.. |
MAJLIS PENUTUPAN
Diadakan selepas solat isya'. Gambar-gambar diambil dari blog Ust Jumat, www.albelurani.blogspot.com. Tak sempat nak minta gambar dari ust.
|
Ucapan pengarah program |
|
Ucapan bagi wakil mudir |
|
Penyampaian sijil ajk |
|
Persembahan adik-adik..time latihan tak kuat, time betul-betul persembahan bukan main semangat dan kuat betul suara adik-adik ini |
|
Ibu-Ibu |
|
Penyampaian sijil kepada peserta |
|
Juadah jamuan, alhamdulillah banyak makanan yang disumbang dari ibubapa peserta... |
|
Bakal peserta akan datang... |
|
Penyampaian sijil peserta terbaik |
|
Seronok Fatin Nabielah, COMEL
Berakhirlah sudah program Smart Al-Quran 2010. Respon dari ibu bapa peserta mengharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang, Alhamdulillah..
Pada hari majlis penutupan ini juga, ana dikejutkan dengan berita yang menyedihkan selepas solat isya'. Ibu kepada sahabat ana telah meninggal dunia. Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah. Begitulah aturan Allah, kematian itu pasti. Semoga sahabat ana tabah menghadapinya.
Semoga program yang tidak seberapa ini dapat memberi manfaat yang berguna buat peserta-peserta yang telah mengikutinya. InsyaAllah, program seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang.
Makluman: program yang seterusnya Islamic Summer Camp (ISC) 2010 pada 17 - 19 Disember 2010 anjuran Persatuan Siswazah Sabah (PSS) dan Kelab Remaja Ukhuwah (KRU). Moga Allah permudahkan urusan program. Semoga ISC kali ini berjalan lancar dan baik, InsyaAllah... |
0 comments:
Post a Comment