Monday, December 6, 2010

Hijrah Ke Arah Yang Lebih Baik

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, setinggi-tinggi ku panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk berada di dunia pinjamanNYA..Bersyukur juga kerana dengan nikmat yang paling besar, iaitu nikmat IMAN dan ISLAM ana masih diberi menghirup udara yang begitu segar..Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda serta muslimin dan muslimat yang dirahmati oleh Alla SWT.

Banyakkanlah mengingati Allah dengan perbanyakkan zikir kerana dengan mengingati Allah akan menenangkan hati..Perbanyakkanlah juga selawat buat Rasulullah kerana Rasulullah pernah bersabda bahawa, barangsiapa yang banyak berselawat ke atas ku, akan ku kurniakan syafaat di Padang Mahsyar nanti..(mhn perbetulkan klu ada salah ya)..

Hari ini hari terakhir dalam bulan Islam..sebentar lagi akan datang tahun baru dalam Islam, Maal Hijrah 1432..Selamat Menyambut Tahun Baru 1432 buat seluruh umat Islam..

Sebelum ini, sejujurnya ana tidak kenal erti bagaimana menyambut tahun baru Islam..yang ana tahu, setiap kali tahun baru Islam buat seperti biasa..tahun baru (New Year) lebih disambut meriah..itulah diri ana waktu zaman jahil dulu..

Tahun baru Islam ana mula kenali lebih mendalam dan mula menghayati lebih bermakna sewaktu ana berada di matrikulasi..Di situlah tempat ana paling banyak berubah..sahabat ana pernah berkata, "matrik bumi perubahan"..
Ya, memang benar matrik bumi perubahan! Ana tidak menafikan ana salah seorang daripadanya..

Ketika di matrikulasi, ana melihat sahabat-sahabat ana yang kuat agama meraihkan dengan penuh meriah sekali..Sambutannya tidak sama dengan sambutan tahun baru yang disambut dengan letupan bunga api tetapi disambut mengikut cara Islam. MasyaAllah, sungguh berbeza sekali!

Di situ, ana mula mengenali Islam sedikit demi sedikit..ayat yang ana suka dengar dari seorang sahabat, " Islam bukan sekadar nama sahaja tetapi Islam itu cara hidup"..ayat itu membuatkan ana berfikir terlalu lama..adakah ana Islam sekadar nama? Ya, sebelum ana menjejaki matrik ana memang Islam pada nama sahaja! Ana cuma tahu, solat, berdoa dan belajar sahaja.

Allah berfirman:

"Wahai orang-orang beriman! Masuklah Islam secara kesuluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh ia musuh yang nyata bagimu"
(Surah Al-Baqarah: 208)

Alhamdulilah, pengalaman 1 tahun berada di matrik mengubah ana ke arah yang lebih baik..Ana mula tertarik untuk belajar cara hidup Islam..caranya senang sahaja, ana selalu memerhatikan sahabat-sahabat ana yang bertudung labuh mengamalkan Islam dalam diri mereka..Ya Allah, indahnya Islam ketika itu..ana terharu dan betapa jahilnya ana ketika itu..rupanya, Islam itu INDAH..

Melihat sahabat-sahabat ana yang banyak memakai tudung labuh membuatkan ana ada perasaan ingin mencuba..bukan setakat nak mencuba, kalau boleh berubah terus tetapi sahabat ana menasihatkan agar berubah sedikit demi sedikit..takut nanti akan berasa bosan kemudian hari..sambil berubah sambil memahami kenapa berubah..Alhamdulillah, Allah beri kekuatan untuk ana berubah selepas cuti pertengahan semester 1..Ketika itu ana hanya mula memakai tudung segi tiga 50 bidang, memakai stokin dan sarung lengan..belum ada kekuatan untuk memakai tudung labuh yang bulat..

Walaupun perubahan itu sedikit tetapi ana bersyukur berubah sedemikian..Ana berasa selamat..Dalam tempoh perubahan, terlalu banyak yang ana pelajari dari sahabat-sahabat ana..kebanyakan, ana banyak belajar tentang akhlak dengan manusia..aspek lain ana belajar kebanyakan dari usrah, pengisian dan program-program kerohanian yang dianjurkan..sehingga kini, pengalaman dan kenangan ana berada di matrikulasi sukar dilupakan..masih terpahat dihati, terutamanya ketika bergelar "Sahabat Al-Irfaan"...

Kembali kepada hijrah, sesudah mengenali tahun baru dalam Islam..tahun pertama ana berada di universiti ana letakkan azam yang perlu dicapai..Alhamdulillah, sekali lagi Allah beri kekuatan untuk ana menghadapinya..Alhamdulillah, sehingga kini ana masih istiqomah walaupun mehnah dan tribulasi sentiasa ada di sisi..moga ana istiqomah..

Untuk tahun baru Islam kali ini, ana juga akan meletakkan azam untuk yang lebih baik..untuk mencapainya memang sukar tetapi akan diusahakan sebaiknya..InsyaAllah, ana akan cuba berubah kearah yang lebih baik..bukan untuk sesiapa tetapi hanya untuk Allah, untuk redha Allah..insyaAllah, moga Allah mudahkan urusan ana..

Buat sahabat-sahabat ana, jadikan hijrah kali ini hijrah yang paling baik dari yang sebelumnya!

Wallahualam..

1 comments:

Az imah said...

Subhanallah. Saya byk muhasabah diri

www.iamfinancestudent.blogspot.com

Post a Comment