Monday, December 13, 2010

Sahabat Bertandang ke Rumah!

Bismillah...
Assalamu'alaikum...

Rasulullah S.A.W bersabda:

"Seorang Muslim mempunyai lima kewajipan atas Muslim yang lain, iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazahnya ke kuburan, memenuhi undangan dan jika bersin mengucapkan Alhamdulillah"

Pada hari ini ana buat "home party" sebagai ahli HPA. Menjadi ahli HPA bukan semata-mata kerana keuntungan atau pun sebagainya tetapi ada tuntutan dakwah Islam yang perlu dilaksanakan. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.

Tiga seorang sahabat ana sanggup datang ke rumah untuk memberikan sedikit tentang perubatan jawi dalam HPA yang mempunyai kaitan dengan perubatan Islam. Walaupun sedikit yang hadir, namun keberkesanan maklumat dan objektif yang disampaikan dapat dicapai. 

Antara pengisian yang ana tertarik yang disampaikan oleh saudara Kamal, "Setiap penyakit ada penawarnya kecuali mati". Amat sesuai pengisian ini buat keadaan keluarga ana. Selama ini, ibu dan ana bergantung sangat dengan ubat-ubatan yang diberikan oleh hospital dan doktor.  Pada kali ini, ana ingin membawa keluarga ana mencuba perawatan Islam menggunakan HPA. Antara yang paling disukai adalah berbekam. Berbekam itu sunnah nabi, kenapa tidak kita amalkan? Selain berbekam, sahabat ana turut menjelaskan khasiat mengambil herba berbanding ubat-ubatan yang mengandungi kimia. InsyaAllah, semoga kesihatan ibu dan ayah ana sedikit ada perubahan, tidak perlu berbelanja beratusan ribu ringgit semata-mata hendak menjalankan operasi pembedahan. MasyaAllah, Allah beri jalan yang mudah dengan mengamalkan perubatan Islam tetapi ana tidak sedar semua itu berada di depan mata ana. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Semoga dengan kaedah ini sedikit membantu buat ibu bapa ana.

Pada hari ini juga ana dikunjungi oleh makcik & pakcik saudara ana. Semuanya tidak dirancang. Mereka datang melawat ibu yang sarat menghadapi kanser_____.

Pada sebelah petangnya, seramai 8 orang sahabat ana pula bertandang ke rumah untuk melawat ibu. Sungguh terharu. Syukran atas kunjungan kerana sudi datang ke rumah ana yang tak seberapa mewah. Itulah kediaman ana sejak dari kecil lagi.

Ana bersyukur mendapat sahabat-sahabat seperti ini. Mereka datang dengan tujuan yang baik. "menziarahi orang sakit merupakan salah 1 kewajipan seorang muslim". Sebagai seorang muslim, kita wajib menziarahi orang sakit jika tiada halangan.

Tiada hadiah yang berharga disediakan buat sahabat-sahabat, tapi yakinlah hanya Allah saja yang mampu membalas kebaikan semuanya.

Ana minta maaf kepada semua sahabat-sahabat yang hadir ke rumah ana hari ini sekiranya ana pernah melakukan kesilapan atau pun pernah sakitkan hati kamu semua. Semoga Allah meredhai kehidupan kamu semua.

Ada masa, jemput datang ke rumah lagi...

Jazakallah khairan kathira...

0 comments:

Post a Comment